13 January 2012

Jumaat

Assalammualaikum wbrkt....
Di hari jumaat yg mulia...aku tersentuh hati dan sedih,dh terasa sebak.Ini adalah angkara manusia yg tidak memikirkan nasib orang lain.Ceritanya begini....tadi turn aku pergi sembahyang jumaat dan seperti biasa aku pergi sembahyang di masjid berhampiran tempat keje aku la....aku tk tau nama tempat tu huhuhu.Ok...semasa tunggu masuk waktu...pak bilal kot :) beri pengumuman pasal duit rm500 yg kerajaan nak bagi pada isi rumah yg berpendapatan bawah rm3000.Ok la tu,alhamdulillah la kan rezeki allah s.w.t utk yang layak.Selesai pak bilal umumkan dtg seorang lelaki pergi mendapatkan pak bilal tu.Aku lihat dr jauh,lelaki itu bercakap dgn pak bilal.Selesai dia bercakap dgn pak bilal...pak bilal pun beri pengumuman.Bunyinya lebih kurang beginilah....Disini ada seorang pengadu,mengadu yg dia sekeluarga telah dirompak,beliau meminta jasa baik semua utk membantu beliau kerana beliau telah kehilangan semua duit.Beliau mahu balik ke terengganu dan tiada wang perbelanjaan,beliau juga ada laporan polis yg mengesahkan beliau dirompak....mcm tu la lbh kurang yg pak bilal cakap td.

Aku perhatikan lelaki td terus keluar dari dalam masjid utk mendapatkan keluarganya.Aku lihat isteri dan anak perempuannya yg lbh kurang sebaya anak aku.Lelaki tadi letakkan surat dilantai dan bekas utk letak duit.Aku lihat anak perempuannya ceria sahaja.Lelaki tu masuk semula ke dalam masjid.Yang buat aku sedih bila aku tngok anak dia....anak yg tk tahu apa2 mslh yg melanda keluarga dia.Mcmana agaknya dia nak balik terengganu tanpa wang....apa yg anak tu nak makan.Ayah dan ibu boleh juga menahan lapar dan dahaga tetapi anak kecil tu mcmn kan.Aku jadi  sedih bila pandang anak kecil tu.....dugaan kecil dr allah s.w.t kepada umatnya.Selesai solat aku pergi menderma dan ramai juga org menderma....aku doakan semoga allah permudahkan masaalah dia dan keluarganya.Aku g makan tghhari td pun tk selera bila teringat anak kecil comel tu.....hari ini hari dia...hari kita,kita pun tk tau mcmn dugaan yg bakal kita tempuhi.....semoga selamat sampai kekampung....insyaallah.

Citer lain plak....mlm ni ibu masak kuey tiaw hongkong...Dah lama tk makan kuey tiaw hongkong ni dah lama gak ibu tk masak.Berserabut sikit umah aku malam ni dgn kerenah anak2 aku ni.....dh pandai bergaduh plak.Abg kena pukul tk nak lari...melalak je,adik dh tentu tk bleh lari bila kena pukul.Bila aku dgr menangis telinga aku dh mula mengembang...sakit.Aku dh mula bangun maka dua-dua lah kena.Aku sayang nk pukul anak aku....tapi dh terlalu lama dia manja jd apa yg ayah dan ibu dia cakap dia tk nak dgr....tpaksalah guna bahasa tangan sbb bahasa mulut tk dilayan.Sayang anak tangan2 kan kan huhuhu syg bini plak tingal-tinggalkan...bleh ke huhuhu..tk relevan utk zaman sekarang ni syg bini tinggal-tinggalkan,silap2 bleh jd tertinggal huhuhuhu....apapun tepuk dada tanya selera....alhamdulillah kenyang...babai
Tq ibu...dah lama tk mkn ni...sedap...zikry sampai hirup kuah huhuhu....

No comments: