30 December 2011

Tolong

Assalammualaikum wbrkt....
Awal pagi aku masuk keje terserempak dgn rakan sekerja...sama2 nak masuk opis kita berbual lah.Timbullah topik anak nak naik sekolah thn baru ni kan.Citer punya citer sampailah dia citer dia ada masaalah nak hantar anak dia yg belajar kt mrsm pekan.Dia ckp mrsm 3hb dah mula belajar jd 2hb kena amik cuti,jd dia pening mcmn nak antar anak dia.Aku pun ckp dgn dia....2hb kan cuti jadi tk yah la pening nak minta cuti....tp kalau nak minta gak org tk marah kot cuma pelik jelah....huhuhuhu....nnt ada yg kata...dh mkn ubat lom huhuhuhu..Lps aku beritahu dia 2hb cuti ganti cuti thn baru 1hb...dia mula lega dan senyum...

Aku pun mula tanya mcmn dia hantar anak dia kt mrsm pekan tu....Dia ckp lalu highway tol air keroh turun tangkak...pastu g segamat then muadzam then kuantan then ke pekan.Aku rasa jauh benor dia berjalan huhuhu...aku pun citer dgn dia,takyah la naik highway...lalu la jasin utk ke tangkak then segamat then muadzam shah.Tetapi tak perlulah ke kuantan jauh tu....aku beritahu dia sebelom sampai bandar muadzam ada simpang empat bukit ibam...aku suruh dia masuk ke leban chondong.Sampai simpang tiga leban chondong masuk kiri ke nenasi then pekan...masa aku beritahu dia aku pun tk tau kedudukan mrsm tu kat mana.Tapi jalan yg terdekat dr melaka,jalan yg aku beritahu dia la tadi.

Balik umah aku try buka google aku cari peta utk ke mrsm pekan tu....selama ni dia lalu jalan mmg jauh.Jalan yg aku tunjuk tadi lbh dekat la.Untuk memudahkan dia aku print la peta tersebut.....dan aku tambah la sikit guna pencil tempat yg dia kena lalu sebab peta tunjuk area pekan je.....harap2 dia faham la dan nak la ikut peta yang aku kasi.Bukan apa...utk memudahkan dia dan mungkin akan menjimatkan masa dan duit dia.Tolong kawan yg tak tau....dia pompuan dan ayahnya pun tk berape arif tentang jalan sana.Kalau dia yakin dan berani ok la...klu dia takut kenalah dia lalu jauh sikit......takde citer ni kan,citer ni pun jadilah hahahahaha

Peta Homestay LOT 386 Pekan/No.13  (sila klik pada peta untuk lihat lebih BESAR & JELAS!)

Dulu masa belom kawin aku rajin ke pekan dan muadzam ni...kuantan kadang2....hehehehe......
babai...........assalammualaikum.......

28 December 2011

Tertarik

Assalammualaikum wbrkt...........


Ada benarnya....yg jd kemuskilan aku adalah yg berkuasa yg mcmn ek....pendapat aku lah kan,selain dari manusia mungkin dia paling berkuasa tetapi utk manusia mungkin tidak...dia boleh kuasai diri sendiri tetapi tidak org lain....hehehe kot aku yg salah tafsir...maklumlah sekolah tak tinggi...


Hok ini plak sesuai utk org yg iri hati kot...kalau lah yg berharga pada diri kita mestilah kita ingat hehehe...hok org lain bukan kita ingat tapi mengingatkan hahahahah


Ini ada musykil gak...takut yg mcmn ek huhuhu....sesuatu pekara ke...sesuatu benda ke...sesuatu keadaan ke...klu takut hantu mcmn plak ek haahahahaha.....hadapi tapi tutup mata kot huhuhuhu


Ini sama gak...kalau hilang nyawa mcmn plak ek..... :)....tunggu la masa utk dibangkitkan :(



Iyer ke...kalau sekali buat mungkin tk rasa penat...klu dh byk kali buat lotih den raso... :)


Yang ni aku suka hehehehe...ada tapi nya,biasanya kita tak sedar kita buat salah...kalau sedar tu dah memang dia pesalah hehehehe,dan kalau dia tahu apa yang dia akan buat tu salah,insyaallah dia tak buat punyoooo...jadi mcmn kita nak ngaku kesalahan kita kecuali org lain beritahu kita....kalau tiada yg beritahu  bkita bermakna apa yg kita buat adalah betul :)...yg last tu ok sbb kita ni byk belajar dari pengalaman hidup kita sendiri...

Eh aku minta maaf kalau tuan punya kata2 diatas terbaca komen aku ni....aku bukan nak mempersendakannya cuma aku nak layan kepala aku hehehe....minta sori byk2 yer....Elehhhhh yg baca pun aku jer ek huhuhuhu...takpe,minta maaf tu pekara yg mesti(wajib)jadi maafkanlah aku jika aku bersalah....babai....Assalammualaikum........

23 December 2011

layanz lagu

Assalammualaikum wbrkt........
Layanz lagu la boring huhuhu........



tgh bosan ni................

21 December 2011

Betul ke ni?

Assalammualaikum wbrkt.....
Siapa sebenarnya adolf hitler.......Aku jalan2 kt satu blog ni dan aku jumpa n3 ni...aku tertarik dgn n3 dia ni....aku ni sejarah tk lah berape bgs lagi2 la sejarah dunia,jadi aku teringin baca pasal hitler ni...lepas aku baca,aku pun tk dapat nk pastikan samaada ia benar atau hanya utk menyedapkan jalan citer dia.Tetapi seandainya benar aku rasa terharu lah sbb org yg bkn beragama islam boleh mengambil panduan ajaran islam utk misi dia.....dan seandainya ia tidak benar pun...sekurang2 nya secara tidak langsung ia telah membantu kita menghapuskan musuh islam....saksikanlah yer...........

New+Picture Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?
haha Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?ops Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?doubt Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?adore Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : ” Ada dua sebab -
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel . Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
big smile Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?beauty Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?haha Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
New+Picture+%281%29 Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…
New+Picture+%282%29 Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?
New+Picture+%283%29 Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…
New+Picture+%284%29 Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy.Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…
34220143831495281810813 Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?
New+Picture+%285%29 Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds
37731 1438329553183 1081327063 1267068 1802751 n Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”
3. Hitler telah enggan meminum Beer (arak)
Ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.
New+Picture+%286%29 Siapa Adolf Hitler Sebenarnya Nie?
Lihat lah sekarang..Mungkin kate2 Hitler tu ade benarnya.....

wallahhualam.............

19 December 2011

Marah...........

Assalammualaikum wbrkt........
Aku sedang dilanda kemarahan....aku tk tau nape dh 2 ari ni aku cepat marah dan naik angin bila ada yg tk kena..kt tmpt keje belom ada masaalah lagi,klu ada mslh mungkin aku pun naik angin gak...Masaalah aku skrg ni  cepat nk marah anak2 aku...lagi2 si zikry...Bila dgr suara ibu merungut atau bising kt zikry aku dh mula naik angin....mungkin aku dh lama sabar dgn dia...dia selalu buat ibu marah.Buat masa ni aku marah je dia tp kadang2 tk bleh nk kontrol....buat masa ni tangan aku tk jalan lagi la...klu dulu aku marah dgn tangan sekali jalan....aku syg kan anak2 aku sbb tu aku tahan supaya tk naik tangan....kekadang aku pk kena gak di pukul utk di ajar.Cuma akhir2 ni aku mmg mudah marah...bila marah kepala aku jd sakit...tu yg boleh buat aku tk ingat tu.Zikry plak kena marah dgn aku je menangis...baru kena marah.Nnt dh ok,eh dia menghimpit aku plak....ok slmt mlm...anak aku zarif dh kacau babai................
                                                                                   

Rahsia Marah dan terapinya…

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmidzi).

MARAH itu salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah SWT dan Rasulullah SAW. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Marah biasanya berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.

Diperingkat awal, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku, akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.

Sifat marah yang bertapak di hati, jika tidak dibendung akan memakan diri sendiri, membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada warga sekeliling kita.

Untuk membendung dan mengubati penyakit marah ialah menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)

Sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan yang dijadikan daripada api. Dan api itu boleh dipadamkan dengan air. Saat seseorang itu sedang marah, segeralah berwuduk, kerana air di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.

Allah berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ah, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).

Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari)

Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.

Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).

Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah, ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.

Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.

18 December 2011

Rehat minggu.........

Assalammualaikum wbrkt......
Hari cuti....kemas rumah le...mula2 malas nk kemas,main2 dgn zarif sambil tngok tv...abg zikry plak bgn,buatkan susu utk dia dan tngok tv bersama.Tetiba mata ku jd sakit tngok keadaan rumah yg bersepah jd ku gagahi diri utk mengemaskannya...Mula2 nk buat tu mmg le letih tp bila dh buat ok je mcm2 plak nk dibuat hahahah.Masaalah aku ialah sizarif,mula2 dia ikut aku kemas dan aku ajar dia buang sampah dlm tong sampah...oklah dia mudah dan cepat faham,selesai jer kemas aku nk vakum...bab ni yg leceh sikit.Dia nampak je aku nak idupkan vakum,muka dia dh mula pucat huhuhu,bila aku on jer dia pun melalak hahaha.Aku off balik,dia pun diam...aku ckp klu nk ikut ayah tk bleh nangis...klu nangis ikut ibu jer ye....dia masih kaku lagi...last   dia lari ikut ibu...klu tk nk mengekor aku jer.Ok selesai bab zarif aku pun mula lah vakum seluruh kawasan dalaman rumah.Siap je vakum,zarif follow aku balik...tp kali ni lagi aku tk kasi dia ikut sbb aku akan mop lantai...maka melalakla dia ikut ibu dia....ibu dia pun bz gak sidai baju.Cepat2 la aku buat keje....

Tabiat aku bila buat keje aku suka dgr lagu...jd hari ini aku buka blog aku dan cucuk speaker kt laptop...dgr radio tk best,asyik dgr dj membebel je.Adakalanya syok dgr diorg membebel tetapi utk aku melaksanakan tugas aku biar aku dgr lagu je dan aku boleh nyanyi sekali hahahah..Dah siap keje aku layan anak plak sbb ibu nak masak....buka tv pun diaorg tk layan pun,masing2 nk kerjakan aku....jd aku layan je la...sakit seluruh badan aku.Si zarif mmg ganas,abg pun ganas gak tp dia takut dgn aku jd dia malu2 kucing la tu heheheh.Full time dgn anak ni,mcm2 perangai anak aku yg aku nampak yg sebelum ini aku tk perasan.Bayangkan anak depan mata pun ada yg kita tk perasan...lagilah klu jauh,itu la pasal aku berhenti keje kat kl tu.Si zarif nak tido dlm buai bukan kita yg zikir kan tapi dia yg zikir sendiri....bunyinyer pelat la huhuhu...."ya..iya...a...iya...lah" yang muhammadurasullah tu dia tk reti nak sebut jadi yg laillahaillah jer la dia sebut sampailah senyap...maknanya dh tido le tu huhuhu.Mula2 aku dgr pun aku tk faham,lama2 br aku tau dia berzikir hehehe..patut la bila dia marah abg dia dia sebut kalimah tu.....anak.....anak.... :) .

Seisi petang,siap solat asar...aku terus g ke kereta utk panaskan enjin.Dah 3 ari kot kete tk jalan,jd aku cek la apa yg patot sambil tunggu syg aku bersiap...org pompuan kan kalau bersiap mmg pantas hahahahaha...Zikry ikut aku,zarif dgn ibunya kat atas....sambil panaskan enjin kete aku g ricky brother umah bawah mancing....Dia tegur aku...tak mancing ke...aku jawab tk lah bang,dalam pantang hahahaha.Aku rasa dh lama sgt aku tngok brother ni mancing...jd aku balik semula ke kereta...eh tk siap lagi ibu ni....sabar je la.

Ok kita g cari cendol,dh lama ibu nk minum cendol tp tk dapat2.Kita g pulau sebang dgn dgn tampin....on da way ujan renyai...sampai je destinasi,ramainya org huhuhu...nasib baik ada meja kosong.Org ada isi ni mcmn pun nk kena tunaikan gak kan....klu ikut selera tekak aku ni...cendol dia biasa je.Aku mkn mee bandung kongsi dgn zikry....smpai 2 pinggan,zikry yg melantak..aku mkn skit je sbb tk kena dgn tekak aku...bkn tk sedap tp kurang sedap....sos pun tkde.Ibu ok kot sbb dia dh dpt apa yg dia nak....zikry dan zarif byk makan sampai kembung perut huhuhuhu...Siap makan kami balik umah sambil jalan2,lalu jalan jauh sikit....si zarif dh 3 hari tk dpt naik kete tk kuar umah jd dia punya teruja naik kete mcm 10thn tk naik kete...Aku bawa lah pusing2....sampai umah dh maghrib.Lepas solat maghrib layan si zarif dan zikry...masing2 berebut aku...tk rehat la badan aku ni huhuhu.Bila dh meragam ibu pun buatkan susu...masuk buai dia zikir sendiri dan tido tinggallah abg zikry ni....skrg ni tgh kacau ibu..sbb dia tk berani kacau aku.Oklah sampai sini saje...seharian aku bersama keluargaku.....mcm2 ada...marah,suka,geram,seronok,penat....mcm2 la.......
Inilah yg kita sekeluarga makan ptg td...gmbar sebelum ada tambahan hahahaha...

Abang ajar adik huhuhuhu..(ibu tk nampak ni)..jahanam notebook ibu.

Zarif : abg tngok apatu?
Zikry : janganla kacau abg,abg tgh buat keje ni....
Zarif : keje apa tu bang...ada angry bird
Zikry : itu lah keje.....zarif mana tau.
Zarif : zarif tau la...zarif selalu tngok ibu buat keje...jadi zarif boleh bezakan keje dgn main game..nak tau mcmn?
Zikry : mcmn?
Zarif : biasa zarif tngok ibu buat keje...ibu tk marah...tapi bila tngok ayah mesti ayah marah....jd zarif curi2 tngok la....rupa2 nya ayah main game huhuhu...
Zikry :ooooo patutla ayah tk kasi kita kacau dia ek....tp abg betul2 tgh buat keje ni bkn main game...abg tgh download gambar angry bird huhuhu...adik suka kan angry bird...jd adik jgn kacau yer,abg nak cepat ni nnt ibu nampak kantol kita....
Zarif : ok bro.....

Inilah anak2 aku heehehe...td aku ngendap dia tngok apa...rupanya dia tngok org bersalin operation....selamba jer dia tngok,aku plak yg ngeri beb....kalau nama zikry ni semua dia nak test.....adik plak i followwwwwww.....

babai.......



                                                                                     

17 December 2011

Puas

Assalammualaikum wbrkt..........
Penat aku melayan si zarif huhuhu...baru je taip sikit dh stop balik...kena jaga dia sbb dia kacau abg dia tido,ibu dia marah dia buat tk tau je...klu aku mrh br dia tkt.Aku paling marah bila anak2 aku tk nk dgr cakap ibu dia..tempreture aku cepat naik.Abg dh kena kacau terus tk bleh nk tido...layan la mereka berdua sambil tngok master chef.Dua2 main dgn aku..eh berebut plak,masing2 nk dok dgn ayah...tk dapat menangis.....anak....oh....anak.Aku buatkan susu dan ibu tidokan zarif....zikry plak jaga tk bleh tido.

Tadi puas aku melayan zarif,semasa abg nya tido....mula2 layan dia borak,duduk kt beranda luar tengok cuaca gelap nak ujan.Pastu main kt dlm umah...berlari-lari,main nyorok2....suka aku tngok gelagat dia....kalau ketawa dh mcm org tua huhuhu.Ni penat sgt kot,masuk buai terus tido je.Klu dia tk tido lg mmg susah aku nk bergerak....nk follow je.Itulah gelagat anak2 aku....si zarif asyik nk pukul abg je...abg plak lari nyorok kt aku,jd zarif tk dpt la nk pukul abg.Heran sungguh sizarif ni...klu aku ingat2 kan masa aku kecik2 dulu mcmtu la.....aku bkn kata adik aku yg aku pukul...pakcik dan makcik aku pun kena pukul hehehehe...Tapi insyaallah anak aku,aku akan cuba pastikan dia tk buat mcmtu.Anak....oh....anak......

                                                    Layan lagu jap beb...huhuhu..........

16 December 2011

Astagfirullahhalazim

Assalammualaiku wbrkt.....
Apa sudah jadi........


ariff alfian rosli
ariff alfian rosli
Gambar Perkahwinan Ariff Alfian Rosli & Jonathan
Ariff Alfian Rosli, pelajar tajaan Petronas di University College Dublin, Ireland yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sebenarnya telah berkahwin dengan teman lelakinya, Jonathan. Kini ayah beliau, Rosli berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.
Berikut adalah latar belakang mengenai Ariff Alfian Rosli.
Terbaik SPM
Ariff Alfian (28 tahun) cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
Ariff mengikuti pengajian praklinikal dari 2003-2005 seterusnya klinikal (2005-2008). Sehingga 2008 masih belum menamatkan pengajian dan perlu menyambung beberapa semester lagi.Malangnya Petronas enggan menambah tajaan 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup .Ariff enggan menyambung pengajian di Malaysia kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas. Petronas pula menuntut lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.
Menghilang dan ditemui semula
Pada 14 Disember 2011, Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam memaklumkan bahawa Kedutaan Malaysia dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci Ariff Alfian kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin. Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya kerana terikat dengan akta tersebut. Status Ariff Alfian di Dublin sah termasuk dari segi visa dan segala dokumennya juga sah. Semua sah, tiada kesalahan. Justeru, beliau dibenarkan untuk menetap di negara ini.
Sejak 2009, bapanya, Rosli Haron (56 tahun) cuba mengesan lokasi anaknya yang putus hubungan tetapi gagal. Rosli Haron menerusi akhbar Utusan Malaysia pada 13 Disember 2011 melaporkan anaknya itu hilang dan bimbangkan akidahnya. Bahagian Konsular dan Bahagian Eropah Wisma Putra telah menerima laporan kehilangan pada 2009. Rosli Haron adalah pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkhidmat selama 31 tahun.
Dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.
Malangya Ariff Alfian tidak mahu berjumpa pihak kedutaan mahupun keluarganya. Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa mahukan maklumat terperinci mengenai bekas pelajar UCD itu daripada Petronas , masyarakat Malaysia di Dublin. Pelajar terbabit pernah pulang ke tanah air pada pertengahan 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti tempatan.Tapi Jun 2009, dia kembali semula ke Ireland dan terus menetap di republik tersebut dengan rekod perjalanan yang sah.
UMNO berusaha memujuk
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh akan terbang ke United Kingdom (UK) pada 23 Disember 2011 bagi bertemu dengan Kelab UMNO Luar Negara UK dan Ireland dalam usaha mengesan dan memujuk Ariff Alfian Rosli.
Kasihan ibu-bapa dia,lain yg diharapkan lain yg dapat........wallahuaklam......

Ragam anak ku

Assalammualaikum wbrkt....
Lama gak aku tk citer kt sini...dairi yg tk berape nak dairi le huhuhu.Aku suka bercerita hari2 kt sini sbb diari aku kan...esok lusa ke akan dtg ke aku gak yg baca semula apa yg aku buat....kawan aku la yg jadi inspirasi aku utk  aku buka blog ni hehehe tq kawan kau tetap dihati ini.Yg follow blog aku pun tk ramai....klu ramai2 nnt aku tk kenal hahaha yg follow tu tq la yer, aku tau adik aku anak sedara aku pun ada follow cuma mereka tk tau nk komen,tk yah komen pun tkpe yer  ...ni lah zaman moden ek dairi org pun bleh baca kan hahahaha.....

Dah lama aku tk online...nk buka laptop pun tk sempat.Aku selalu diserang anak2 ku bila balik dr keje sampai lah ke malam,bila malam mata plak ngantuk..badan letih layan anak.Skrg ni mereka berdua tgh tido sbb td dh penat main...maka inilah peluang aku huhuhuh.Setiap hari balik keje masing2 mengejar aku...yg kecik minta dukung yg besar pun sama....ada satu hari tu kt tmpt keje aku dh la angkat berat2,klu dicampur berat boleh jd beratus kilo la beb....balik anak plak minta angkat.Sian dgn anak angkat gak...gilir2,last2 duduk..sorang satu peha....nasib dua..klu tiga esk mcmn ek huhuhu...tu pun bergaduh.Aku nk mandi,nk makan,nk buang air,nk solat,nak tido pun kena follow je...tk dapat aku, siap la menjerit2 menangis nak ayah..yg kecik la,klu yg besar kurang sikit.Yg besar nampak ayah dia rilek br dia amik kesempatan.Yg kecik ni telah meragut gigi ku hingga hilang huhuhu bertuah anakku ni.Semalam kot...aku pun dh lupa la maklum la dh meningkat usia ni hehehe...smlm aku ajak anak2 ku mandi kolam hahaha...kolam beli.Aku isi air dan masukkan diaorg dlm kolam tu..dulu aku selalu mandi dgn zikry, skrg aku mandi bersama zikry dan zarif...sungguh teruja mereka.Sampai mengigil si zarif...klu si zikry satu hari pun bleh berendam.Janji mereka happy aku lg sgt happy.Setiap hari klu aku balik keje aku akan pk apa aku nk kasi main utk anak aku....Tadi aku tk tau nk kasi main apa dgn diaorg jd aku baring mereka kerjakan aku.Dengar mereka ketawa,hilang keletihan aku....
Penat sgt mereka tu yg tido awal ni...lg pun ibu ckp diaorg tk tido siang td.

Pagi tadi si zarif bgn awal....Aku nak solat subuh dia tngok je aku,siap solat aku ingat dia dh tido...eh masih terpaku lagi....bila aku gerak kuar dr bilik mulalah dia menangis jerit ayah...ayah...aku buatkan susu utk dia,aku ingat dia akan tido pas minum susu,rupanya tidak.Semasa aku masuk bilik nk amik hp,dia nampak aku...alamak....ayah...ayah...ayah...aku dh mula lemah nk g keje.Tetapi aku tpaksa tinggalkan juga dia...dr jauh aku dgr suara dia memanggil aku...tk bleh tahan la..aku ni.Pusing balik...aku cium dia then aku cabut pekakkan telinga...klu tk nnt aku tk keje.Sizarif ni kasar sikit...keje nk menampar,mencakar je keje dia...semua org dlm umah ni merasa tmasuk aku...bila aku amik air sembahnyang je mesti pedih muka sbb kena cakar.

Ibu jaga anak sepenuh masa time cuti ni...sian ibu sampai umah pun tk sempat nk kemas huhuhu...anak2 lg rajin kemas dr ibu ek.Ibu kemas sikit je anak2 dh kemas byk hahaha...tkpe ayah faham.Yg penting anak2 sihat,ibu pun sihat yer.Klu kita ada masa kita kemas sama2 yer.Ibu masak sedap arini hehehe ikan merah masak masam manis...Dh dapat prosperity kan....org ada isi ni kan kena lah turutkan kehendaknya.Tapi bab g bercuti tu tk bleh lagi huhuhu....belanja besar,walaupun ibu offer duit ibu tp ayah rasa kita simpan dulu la utk masa depan anak kita yer...yg ketiga tu dh nk kuar thn depan.Itu cadangan ayah le...klu ibu nk g gak ayah turutkan huhu...tkt yg nk berjalan tu bkn ibu tp yg dlm perut tu huhuhu.Eh panjang tul diari aku....ni karangan pendek ni huhuhu...Kesimpulannya minggu ni aku bz dgn anak2....lagipun aku dok mlk ni tk ramai kawan...family ku adalah kawan2 ku...aku pun bukan bujang lagi hehehe tp ada kesempatan aku cilok gak g karaoke dan memancing.Yg karaoke tu sempat la aku cilok tp yg memancing tu lama bebenor aku tk g...sampai dh tk reti nk mancing huhuhu..ok gak tu,tklah aku menghabiskan masa utk tunggu ikan mkn, lbh baik aku abiskan masa dgn anak aku.....ok cukup sampai disini sayang.....eh mcm lirik lagu plak hahahaha
Semalam ibu masak soto...sedap bu.....

Aksi zarif....yg amik gambar zikry(pantang hp aku free,mest si zikry sambar punya)

Aksi zikry dan zarif....sori yer gambar 18sx.....

Gambar ni utk kenangan family aku...jd sorilah klu ada yg tertengok dan tk suka.

Air pancut huhuhu...Bila aku buka shower,si zarif dgn tutup kepala guna tangan dia...sambil jerit ujan lebat katanya...hahahah suka aku................

Zarif ni susah nk suruh dia tngok kamera....Sebenarnya aku pun join dgn anak2 aku ni tp pic aku tkdelah sbb itu betul2 18sx hahahaha......

24hb nnt kita g jalan yer huhuhu ajak ibu hahahaha
bye assalammualaikum...........





                                                                           

11 December 2011

Sehari bersama

Assalammualaikum wbrkt.....

Pagi ni bgn solat subuh pastu duduk sebelah anak2 aku...mereka nyenyak lg tido sbb lmbt tido,main je keje diaorg.Macam2 aksi diaorg tido...tersenyum aku sorang2,abg kt atas adik plak bawah kaki abg.Aku mula kacau mrk tetapi tiada respond last2 aku baring sebelah mrk dan aku pun tertido semula dlm 10minit kot.Bila aku bgn semula aku terus kejut mrk sbb aku nk g umah atok aku....lama aku tk g umah atok aku.Mata aku terkedip2 mungkin atok aku rindu kat aku sbb 2hari lps dia boleh salah tpon.Dia nk tpon anak dia(pakcik aku le),boleh dia tpon aku heheheh...mesti dia rindu.

Wife aku siapkan anak2 kmudian aku bw mereka g umah atok aku...zikry asyik tanya je...ayah,kita nak g mana?...aku jwb mcm biasa...jln2 tp g umah atok hehehe...buyut diaorg la.Sampai sana atok aku berdua tgh dok kt dpn....berbual jap kt dpn pastu atok ajak sarapan....aku dan anak2 pun msk dlm.Zikry dah biasa dgn buyut dia cuma zarif je la baru nk kenal org...dia tngok wajah buyut dia dgn muka pelik tp alhamdulillah dia tk takut...tk mcm zikry mula2 dulu,dia takut dh lama br ok.Kejap je kt umah atok aku dlm 2jam lbh sbb wife aku antar msg beritahu semua keluarganya g rewang jemputan kahwin....wife nak masak srh beli santan...jd aku pun minta diri balik.Oklah dh dpt jumpa,byk gak citer yg diciterkan....aku selalu bawa atok aku g ngeteh...tp arini tk sbb atok aku srh sarapan kt umah je sbb byk sarapan....aku ok je.

Balik dr umah atok aku,aku g singgah pekan kundang ulu jap nk cr santan...aku bw dl anak aku pusing2 tngok sungai.Pastu g kedai cr santan dan barang2 skit...beli aiskrim dan jajan utk anak aku...suka mrk.Sampai umah,wife aku sorang tgh masak...jd aku layan la anak2 aku........

Dlm kul 3 aku bertolak balik mlk...singgah byk kedai beli makanan dan barang2.Wife aku teringin mkn pau muar jd aku lalu la jln lain bkn spt selalu.Dapat pau je terus bertolak balik mlk....on the way ke alor gajah aku lalu klebang dan pantai puteri.Anak aku zarif nampak layang2 dia kata bird hahaha...puas betulkan,dia tetap kata itu bird...iyerlah bird pun bird lh...esok dh besau dh faham nnt dia tau sendiri le.Dia nampak burung dia suka...jd aku ckp dgn dia itu burung tp dia ssh nk ikut sbb panjang sgt kot jd aku ckp itu bird.mudah plak dia ikut...mungkin dia nampak layang2 tu terbang kat atas kan sama mcm burung tu dia ckp layang2 tu bird.

Sampai umah,aku solat maghrib..selesai je aku masak mee goreng.Alamak mee goreng aku pedas la plak....nasib baik wife aku ada tapau nasi...bleh la anak aku mkn klu tk makan roti dgn pau je la...tp zikry ni mmg degil skit mcm ayah dia huhuhu....dia nak gak...sambil mkn nasi tp minta skit mee dr aku...aku ckp pedas tp dia nk gak,aku kasi le...tak pedas pun ayah...itu dia ckp dgn aku.Dia tahan pedas cuma aku tk nk biasakan sbb dia kecik lagi tkt ada effect usus dia.Kul 8 wife g sekolah ada taklimat...jd aku jaga mrk berdua.Main dgn diaorg je la...tk ngantuk2 diorg ni......Aku buatkan milo pastu aku srh tido hehehehe...kul 10 wife aku balik ngam2 anak aku tido...aku pun buka laptop hehehehe....mata aku ngantuk ni sebenarnya huhuuhu...ok babai assalammualaikum

                                                                               

10 December 2011

Terlerai rindu dihati

Assalammualaikum wbrkt....
Aku dh sampai kg. skrg kt kg. la ni heheheh.....Aku sampai je anak aku sambut aku...gembira rasa,tp kerana terlalu teruja kot dan rindu pada ayahnya muhammad zikry terjatuh ketika hendak mendapatkan aku :(.Melalak la dia dgn nugget kt tangan baru mkn sikit huhuhu.Aku tanya dia...nape bleh jatuh,dia jawab..abg nak g tempat ayah sambil nangis...terharu aku rasa.Aku srh dia diam jgn nangis...lelaki tk bleh nangis,jatuh sikit je tk berdarah kan...kemudian dia pun diam...salam aku dan kami masuk....itu peringkat pertama dari anak yg pertama huhuhu.

Masuk je dlm umah,gelombang kedua plak melanda....muhammad zarif plak....menangis memanggil aku.Adusssss sungguh terharu aku,baru seminggu tk jumpa,aku ingat aku je yg rindu huhuhu.Dapat je dukung dgn aku terus tk nak dgn org lain.Geram aku dh lama tk jumpa anak rs makin hensem anak2 aku haahahaha....Aku siap2 mandi dan nak solat sbb aku sampai dh maghrib....aku lambat sampai,td aku g tangkak cr sesuatu yg aku cari semalam.Aku dah dapat barangnya heheheh.Si zarif kacau aku solat terpaksa aku buat 2 kali....menangis je nak kan ayahnya...siap solat aku suapkan nasi utk anak2 aku...berselera mrk mkn,aku td yg sedang lapar tetiba jd kenyang tngok anak2 ku mkn.Lepas mkn aku dok luar dgn zarif...nk berkepit je...asyik bercakap dgn aku tp dgn bahasanya lah....aku pun tk faham jd layanz je la...kemudian ibu pun kuar...kami berborak sambil layan anak diluar dgn suasana gulap gulita hanya ada sinaran bulan sahaja hehehe.....Tidak lama kemudian zarif mengantuk,masuk dalam dia tido dan aku pun solat isyak...kemudian aku juga tido huhuhu....

Ni baru bgn tido la ni....aku termimpi nk minum milo ais huhuhu...aku minta tlg wife aku buat,tp ais tiada.Aku nk kuar g kedai tp si zikry tk tido lagi nnt dia nk ikut plak....jd aku minum je la air sejuk.Eh wife aku masak air,dia ckp air panas je ada,jd aku ckp buatlh apa2....tongkat ali la dia buat....siap antar sms beritahu air dh siap hahahaha....lain mcm plak wife aku ni,tk mcm dulu2 hehehe dulu2 tu bkn tk rajin tp kurang,sekarang ni lebih rajin alhamdulillah...pembawakkan kot hahaha (anak pompuan huhuhu).Oklah aku nk g minum,wife aku dh buatkan air....tk minum nnt merajuk :).Lepas rinduku pada family ku.....aku rs ada org lain rindu kt aku ni sbb mata aku berkedip2 dh 3 minggu...kata org klu berkedip2 mata tu ada org rindu...klu betul ok la,ni dh 3 minggu dah mcm penyakit la plak huhuhuhu...ok babai assalammualaikum.....................

Lepas gian

Assalammualaikum wbrkt....

Tujuan asal nak g cr sesuatu tetapi buat sesuatu  yg lain plak huhuhu...Nak cr apa tk bleh tau lah tp jd sesuatu yg lain bleh tau....nak tau tngoklah yer huhuhu.........
                                                                 
                                                                             

                                                             lepas gian melalak.....sori ibu :)

08 December 2011

Makan sorang

Assalammualaikum wbrkt.....

Huhuhu...seminggu ni makan sorang je la.Anak2 dan isteri kat kg. tinggallah aku keseorangan.Minggu depan dah boleh amik balik...katanya 2 ari je keje pastu cuti balik.Balik lagi kampung......sian,cuti pun mcm tk cuti heheheh.Aku dok sorang2 ni makan pun sorang2 la nk makan ramai2 aku tk berape suka(kat kedai).Klu g dgn family atau kawan2 ok le dan klu dh terpaksa pun ok le.Jadi utk mengisi perut,aku masaklah sendiri....boleh dikatakan aku ni suka masak la juga...tp masakan tk sedap huhuhu...belasah je,janji hasilnya boleh dimakan.dulu masa bujang pun aku selalu masak....kebanyakkan aku masak dan jarang makan luar.jika terlalu bz dgn keje aku terpaksa mkn kt luar dan jika aku malas aku order makanan nnt diaorg antar ke rumah...best siap ada penghantaran tk kena charge pon.Aku duduk berdua,aku masak apa je pun brother lagi sorang makan je.Sebenarnya aku sewa umah sorang je,tp disebabkan bosan dok sorang aku ajak member dok dgn aku...dok free je tp api dan air dia bayar huhuhu....brother ni keje dia basuh baju je la,masak keje aku.Ada 3 bilik...aku dok master dan brother tu dok bilik sebelah,lg satu bilik aku buat bilik karaoke huhuhu...aku je yg karaoke brother tu tk minat dan tak tau nak nyanyi.Teringat kenangan lama..seronok gak.Klu time cuti mmg kami tk kuar,kami rehat sepenuhnya dirumah dan aku masak apa yg aku suka time cuti...g pasar beli lauk...balik masak.Kadang2 ada kuar gak time cuti...dok kl kan...hiburan  banyak.Bila kawan ramai mcm2 hiburan la aku join.Ada duit sekali sekala boleh la join kawan2 kerja...klu tk baik dok umah tk yah kuar duit.

Eh td citer masak kan...aritu masak ns lemak yg tk berape lemak,kurang santan huhuhu dgn sambal kupang...semalam masak mee goreng dan td masak sambal sardin campur fish ball huhuhu.Ini lah klu jd org bujang,masak pun resepi org bujang la heeheheh.Ibu oh ibu...tk kesian ke ayah masak sorang makan sorang huhuhu....Dok kt mlk ni lagilah,aku dok kawasan kampung...jauh sikit la nk g cr pekan...tp tk lah berape jauh sgt cuma malas nk kuar....jd kenalah masak.Esok nak masak apa ek...cadang nk makan kt luar je...tngok esok klu rajin dan ada idea aku masak,klu tk mkn ku tidak lagi keseorangan hahahaha.Ibu kalau baca entry ayah,ibu tngok la laki  ibu masak apa hahahaha......kesian tk?ok la babai assalammualaikum.
Tngok bu...apa tu ayah masak hehehehe

Dekat sikit tkt ibu tk nampak.....kabur la plak

Inilah makanan mlm ayah arini bu.....
Hehehe...syg tau kan,abg ni sempoi je....ayg msk apa je abg makan yg pasti tiada komplen...lg ringkas syg msk lagi sedap...lagi rumit syg masak lagi susah nk komen hehehehe...yg penting abg dan anak2 kenyang kan.Klu nk makan yg bukan2 kita cr je kat kedai hahahahah..


                                                                                   

06 December 2011

Akhirnya

Assalammualaikum wbrkt...........

Akhirnya dapat gak aku beli kupang td heheheh walaupun tinggal sekilo je...jadilah.Disebabkan aku beli kupang td,aku balik umah kekuyupan dibasahi hujan...klu aku tk berenti beli kupang aku ingat aku terlepas dr kena hujan...tp tk mengapa....aku puas.Klu dah jodoh tk kan kemana huhuhu dapat gak kau si kupang.

Dh dekat dgn umah aku tk ujan plak...jd basah2 aku g kedai...sbb aku malas nk buat 2 kali kerja...Aku beli barang keperluan dapur sikit.Balik umah basuh kupang dan rebus.Aku g sholat asar dulu....siap sholat rileks depan laptop hehehe...pastu tpon wife aku.Anak2 tgh layan nenek dia,wife aku goreng keropok lekor.

Solat maghrib,pastu layan tentang dhia....dah abis br masuk dapur.Aku tk pandai masak nasi lemak....jd aku msg wife aku heheheh tanya dia sbb aku cadang nak msk ns lemak sambal kupang.Ok wife kasi direction dan aku ikut.Masak sambal kupang aku tau tp msk ns lemak first time heheheh....seronok gak ek....siap masak aku plak yg kenyang...ngadap laptop semula.Sejam kemudian lapar dan mkn le hehehe.....skrg alhamdulillah kenyang.Anakku zarif rindu kt aku huahuahua....ckp dgn aku kt tpon dia senyap tp senyum...bila tngok gmbar aku dlm tpon dia nangis plak....laporan dr wife aku huhuhu..Ngantuk plak smlm bgn awal tk bleh tido balik...time nk g keje time tu plak ngantuk.........moral nya kena tido awal dari semalam hahahaha...semalam tido lewat bgn awal.....ok jumpa lagi bye assalammualaikum...................

Sambal kupang...........

Nasi lemak........

Makan........
Alhamdulillah..........
Kenyang....


                                                                                         

05 December 2011

keseorangan

Assalammualaikum wbrkt.....

Aku yg keseorangan....huhuhuhu....bosan plak dok sorang2,layan citer tentang dhia.Menyayat hati plak tngok citer ni....apa la mak zikir tu,masih ada lg org mcm tu zaman2 moden ni ish2.....apa2 pun semua yg dibuat atas izin allah s.w.t klu allah tk izinkan tak sampailah pada org yg dia nk kenakan ek.......

Nak masak kupang td...kedai jual kupang tk buka plak td huhuhu.Hari sabtu aku tengok buka,aku ingat arini buka gak,hampeh.Bila tk dicari,dia berjoget depan mata tp bila kita nak hampeh bayang pun tkde....fedup tul.Last2 aku masak mamee je...kecewa.Takpe esok aku usha lagi...minta2 bukalah.

Rindu plak kat anak2 aku huhuhu...td tpon jap,zikry dah pandai ckp okla tp zarif dgr suara aku kt tpon dia cari2...ibunya ngadu lah.Dia cari ayah....biasa aku balik dia sambut....aku rasa dia pun pelik kt mana dia berada kot.Pintu pun tk sama heheheh....aku srh wife webcam,dia malas plak.Jadi tpon je la td,dpt dgr suara pun ok la.Biar dia manja dgn atok dia plak hehehehe....

Badan sakit2 plak...nape,aku pun tk tau.Lenguh2 bdn....angkat berat2 rasanya.Bila rileks lama tk angkat berat2 bila mula angkat brg berat2,mula lah lenguh2.Klu tanya member kat mana ada tmpt urut nnt dia jawab melaka raya hahahaha....itu tempat ko nak mampos huhuhu....sama2 tergelak.bergurau boleh menghilangkan penat dan stress...kami selalu bergurau.Ada sorang kawan cina tu klu muka dia mcm taik aku selalu gak kenakan dia...nnt dia ketawa tk ikhlas hahaha.Aku ok je tp lama2 tngok muka mcm tu aku pun tk bleh keje jd aku langgar je la...lantak la dia nk ketawa ke tk...setakat ni tkdelah dia nk langgar aku suka2 dia.Ada mslh jgn la sampai babitkan org lain kan.....aku faham mslh keje dia tp klu dia masam muka,marah pun bkn boleh selesai mcm tu je.Klu dia rileks buat bincang dgn kitaorg pun ok apa.Dia kena ingat dlm bodoh2 org ada pandainya dlm pandai2 org ada juga bodohnya...mana tahu kitaorg ni yg bodoh ada idea lbh baik dr dia...boleh pakai gak bkn kena bayar pun.Biaq p la dia,janji dia tk kacau line aku,tk kasi panas line aku dh kira bagus la.Eh melalut ke lain plak aku ni....stop la dulu yer...bye jaga diri...assalammualaikum........

Rindu....serindu...rindunya............namun apa daya......nannanananananan
                                                                                 

04 December 2011

Balik kampung

Assalammualaikum wbrkt........

Fuhh....lega dah sampai umah,balik dr kampung.Cadangannya sabtu petang balik kg,tp nk g majlis perkahwinan jd tundalah arini.Pagi td aku bgn awal....buka blog cucuk sound speaker dgr lagu kat blog.Layan sorang2....mula2 aku buka pelan je..tk puashati slow sgt aku buka kuat skit.Anak aku zarif bgn dulu bila dgr lagu...bising kot.Aku amik dia aku bw lepak tngok blog.....eh ikut menyanyi gak dia.Ibu dan zikry belum sedar lagi...penat sgt kot,ibu kemas baju tido lambat...zikry plak kacau ibu dia...pun tido lambat.Jadi lambat la diaorg bgn.

Dah puas layan zarif,aku biarkan dia jalan dan aku kemas rumah.Rumah dah mcm tongkang pecah....sakit mata tengok.Bila aku on je vacum si zarif takut heheheh nangis plak...tpaksalah dukung dia sebelah tgn dan sebelah vacum....lama2 penat tgn aku jd lenguh,aku duduk dan zarif aku dudukkan kat sebelah aku...jd aku vacum sambil duduk le...baru dia tk nangis.Tak lama ibunya kuar...dia lari ikut ibu dan aku teruskan operasi mengemas....zikry pun dah bgn.Dah siap mengemas aku bawa mereka berdua mandi...klu bab mandi ni mmg diaorg suka...sbb dpt main air.Dah siap mandi aku serahkan kpd ibunya pula utk pakaikan baju....aku plak mandi heheheh.
Dah siap semua....kami bertolak pergi ke majlis perkahwinan.Fuhh punya lah tinggi bukit nak naik umah pengantin....mcm naik ladang teh kt cameron highland....naik bukit penat trn bukit pun penat beb....curam gile...pelan2 trn.Siap mkn kami pun bertolak balik kg.Sampai kg dlm 3.45pm.....ibu dan ayah mertua tkde,dia g mlk hantar adik yg bongsu balik sek.men.teknik....tapi umah ramai org sbb pakcik yg dok segamat dtg.Maknanya aku tk bleh balik awal...kena tunggu ibu dan ayah balik.Aku ingat nk balik kul 6pm sbb nk singgah kedai nk beli sos char kuey tiaw utk anak pompuan aku hahahaha.....(kawan sekerja daaaa).Last2 aku balik pas maghrib dlm 750pm.....aku speeding la tp tk la laju sgt.Lalu jalan lama ni mcm2 hal...ada yg bawa mcm kura2,ada yg terlebih sudah lajunya.Niat aku mmg tk nk naik highway nnt aku lupa diri sbb line clear kan.Aku klu dh naik highway paling pelan aku bawa 140km/j.....klu aku sorang lbh dari tu...klu nk cepat punya pasal mmg 170-180km/j le.....jd aku lalu jalan lama.Pergh punyalah menguji kesabaran kereta depan aku td...50km/j dia bawa,itu dh tk berhemah....klu 80km/j aku bleh terima.Dah la nk potong tk bleh,byk kenderaan jd terpaksalah follow....last2 dpt gak potong terus aku tekan......sempatlah aku beli rokok dan sos char kuey tiaw tu....td nak balik zarif nangis...ayah....yah...yah...yah... adus aku sedih terpaksalah keras kan ati.Dulu aku nk tinggalkan zikry ms kecik2 dulu,aku kena tidokan dia dulu baru aku boleh pergi....ni td zarif aku dh tk sempat....sedih plak.Aku keraskan ati je...terus cabut,zikry dh besar skrg dia tk kisah,boleh lambai lg klu ayahnya nak kuar.Takpe ujung minggu ayah balik yer huhuhu.......ok babai...assalammualaikum

02 December 2011

Cuti sekolah

Assalamualaikum wbrkt......

Ermmmm cuti sekolah dah bermula...nampaknya kehidupan aku pun akan berubah untuk sementara waktu...Wife aku dan anak2ku akan bercuti di kampung maka tinggallah aku seorang diri.Disebabkan wife aku cuti pun mcm tk cuti jd aku beri keizinan dia bercuti di kampung bersama ibu-bapanya.Awal cuti dia masih bekerja,minggu depan dia cuti jd sabtu aku akan hantar mereka balik kg.Zikry pun dah sibuk tanya bila nak balik umah atok.....kejap2 bisik kt telinga aku nak balik umah atok katanya....aku suka layan dia,lagi2 bila dia tanya aku ms naik kete...."nak g mana ni ayah?" aku jawab"jalan-jalan"sambil berlagu....Biasanya zikry akan sambung "cari makan"sambil berlagu juga...tp dah 2 hari dia jawab lain....apa jawabnya "balik umah atok"sambil berlagu juga heheheh...badan kt umah fikiran dah kt kg tu huhuhu.....seronok ada kg kan.Teringat aku masa kecik2 dulu,time nk balik kg mmg excited giler....yg lain belum siap apa lg aku dh dlm kete huhuhu.Zikry mmg ada ikut perangai aku kecik2....kuat makan heheheh.Dulu aku masa kecik bila balik kg je...sampai bandar aku selalu ckp dgn abah aku..."mcm bau ayam goreng je"hehehe padahal tkde bau pun...jadi abah pun dah tau ni mesti lapar.Berentilah cari kedai makan....zaman2 aku kecik dulu nak cari kedai makan bukan senang....kedai cina banyak lah....abah cari gak sampai jumpa.Kasih seorang ayah kepada anaknya....walaupun abah tu garang dan aku selalu dpt hadiah tali pinggang,penampar,penyepak dan mcm2 lah tp dia mmg syg kan anak dia....masa kita kecik mmg kita tk nampak,bila kita dh dewasa dan kita dh ada anak sendiri barulah kita akan faham....dah mmg aku yg degil mmg itu pun yg patut aku dapat.tapi zaman tu le,zaman sekarang tk boleh didik anak mcm tu byk risikonya....anak2 dulu mcmn ayah buat pun masih taat pada ibu bapa...anak2 sekarang tak semua boleh.Mungkin ini dikatakan peredaran zaman.Ops td citer balik kg kan....ok disebabkan payah nk cari kedai makan selepas itu setiap kali balik kg mesti bawa bekal.Berenti kt kebun getah tepi jalan raya...makan hehehe...tu betul2  jalan2 makan hehehe.Dulu tkde highway maka tiadalah hentian...stesen minyak pun tk byk.

Ok...balik kg yg seronok jumpa atok ,makcik dan sepupu....ingat main jer.Balik kg. pun setahun sekali...zaman susah kan,kg pun jauh 3jam baru sampai.(berenti jap iklan hehehe lawak mega )...ok sambung balik yer.....Balik kg biasa time raya je...anak sekarang tk kira time apa janji ibu dan ayah ada cuti balik le kg...tu pun mana yg dekat la kan...yg jauh perit gak ek.Balik mesti balik kan....anak2 mmg ingat nak main yg kita ni mesti ingat ibu-bapa kita...sementara masih ada,mcm aku ni dua-dua dh tkde,mertua pun ibu-bapa sendiri gak,kira masih beruntung la....sbb tu aku tk kisah klu wife aku nk cuti lama dgn keluarganya.stop jap la.....raja lawak mega ni menggangu aku....klu bab minggu lawak muzikal ni aku minat.nnt sambung lagi.Hehehe....sorilah aku pun dah ilang idea nk citer sbb tngok lawak td......

Esok balik keje balik kg....singgah jap umah akak pengasuh sbb ada majlis kahwin ari ahad.Ahad tk dpt g jd esok lah g....pastu balik kg.nak tengok sekali air sungai naik tk.Kg aku selalu gak banjir....klu banjir jln tk bleh lalu...kena masuk jalan kebun le jawabnyer......takpelah yg penting sampai.Ahad aku balik sorang je la...rindulah anak2 aku nnt.Td aku balik keje je masing2 dh kejor aku...jerit2 panggil ayah.Bayangkanlah balik2 sunyi jer......dulu hanya ada zikry sahaja dan sekarang dh ada zarif lagilah....dua-dua karektor membuat aku tak sabar nak balik umah....balik dr keje tengok anak2 sihat ceria,hilang rasa penat dan letih badan.Tapi biasanya aku tk main dgn anak2 aku dlm jangka masa yg panjang sbb lbh lama aku main dgn dia makin dia tk ingat nnt mcm2 dia buat yg boleh membuat aku jd marah....biasanya balik keje layan anak2 jap..patu aku solat asar dl tkt terlajak...pastu aku sambung layan lg mereka,ajak berbual.Lama2 ada yg tertido...tp tgh mlm plak berjaga huhuhu.....itulah anak2 aku....rutinya harian dia mcm tu,jd ada cuti ni biar dia rasa suasana lain plak...ayah kena berkorbanlah.ok stop dulu bye...assalammualaikum wbrkt......

mulut comot mkn cokelat huhuhu

abg pun sama comot....aku kasi coklat upin ipin.....

mkn yer dik huhuhu

ibu

aku dan zarif

abg dan adik

babai