05 November 2012

family day 2012



3 & 4hb 11 2012 sykt tmpt aku keje buat family day kat gold coast morib....seronok gak lg2 utk anak2...letih2 pun seronok.

27 September 2012

assalammualaikum wbrkt......
lama gak tk tngok blog ni....tkde citer.tak tau nk cite apa.saje2 melawat ni hehehe.family aku semua sihat cuma anak aku yg bongsu sll sgt tk sihat.pulih batuk dtg plak demam...pulih demam dtg selsema.ni asyik nk nangis je.....sabar je la.

26 August 2012

raya.......

assalammualaikom......selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.mohon ampun dipinta atas segala kesilapan.selamat hari
 raya

24 June 2012

Memang benar

Assalammualaikum wbrkt.....

Aku amik kat wall member aku....aku tertarik dan menyokong dgn kata2 hikmah ini hehehe....

21 June 2012

Kenapa penjara PUDU ditutup


FAKTA YG MENGEJUTKAN!!
Harus semua ambil iktibar...

SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!!
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.
...
Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. 

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari
berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta
itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "

"Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.

12 June 2012

Pacak katanya.....

Assalammualaikum wbrkt.....
Balik keje td aku nak gunting rambut....panjang dh rambut aku naik kusut plak kpala.Dh lama tak bela rambut br panjang sikit dh berat rs kepala jd aku buat keputusan utk gunting rambut balik keje.Selama ni aku gunting sendiri pakai mesin...letak no2 terus mesin hehehe.Td masuk kdai gunting,aku tngok rmbut anak aku pun serabai jd aku suruh macha tu gunting rambut anak aku dulu....aku ckp kasi pendek la yer.....dari kecil mmg dia tk penah gunting rambut kt kedai...aku yg gunting rambut dia.Kemudian aku pun gunting gak...senang je,aku ckp no 2 tk mahu cukur.Aku siap dulu dr anak aku hehehe.Sekali anak aku dh siap...terperanjat gak aku tngok dh terpacak...dgn senyum2 dia panggil aku...ayah dah siap.Aku pun trn kan dia dr kerusi,sukalah dia sbb dh lama dia sibuk nak rambut pacak....bdk2 skrg br 4thn dah pandai nak bergaya.....bleh dia tanya aku plak....rambut ayah tk pacak pun....nampak pacak sikit2 je huhuhu....dia nak srh aku pacak gak.Nanti ayah tanya ibu bleh pacak tk hehehe....dia jawab...ayah bleh pacak,ibu tk bleh sbb ibu tk nampak rambut......duduk berdua ni selalu sgt dia kasi soalan cepumas yg ssh utk aku jawab....tk jawab nnt dia tanya...nape ayah tk jawab abg tnya ayah.....jd rekalah jawapan yg senonoh utk anak hehehe...sbb klu kasi jawapan pun dia masih tnya lg kerana dia tk faham....bgs gak tu kasi dia berfikir utk faham.Oklah yer.....citer sini abis sini la yerrrrr :)
Senyum dapat pacak huhuhu....


 Sementara tunggu makanan siap....amik gambar pacak dulu heheheh

 Bungkus kuey tiaw sup,kuey tiaw sizzling  dan burger daging....alhamdulillah kenyang







11 June 2012

Berdua...

Assalammualaikum wbrkt.....
Aku dok berdua dgn anak aku yg sulung Muhammad Zikry.Sabtu balik dr kerja aku terus balik kg..a.keroh jem plak.Aku singgah kt kedai tayar kt tangkak utk buat alignment dan balancing....aku baru tukar sport rim dan tayar.Masaalahnya aku tukar saiz tayar 50 siri jd dia tinggi skit dan jejak depan belakang time corner kuatlah.....siap bikin aku terus balik ke kg.Sampai kg 8lbh.Jumpa anak2....mereka berlari mendapatkan aku dan aku rs terharu.malam tu main dgn anak je la...sampai tertido.

Pagi mcm biasa bila cuti di kg....aku siapkan mandi dan pakai baju diaorg...aku bawa g umah atok aku.Nak bawa atok g ngeteh hehehe.Sblm sampai umah atok aku tpon dulu...makcik aku yg angkat...dia ckp pakcik aku dh bawa atok aku g ngeteh jd aku terus je g kdai biasa heheh.jumpa atok dikedai.

11lbh aku bawa balik anak2 aku ke umah mertuaku....bila aku dh masukkan mereka dlm umah,dgn senyap aku pun cabut g kedai utk beli barang2 keperluan bayi dan dapur umah.Selesai semua aku g hantar kete utk dibasuh plak....bila siap aku balik umah.Main dgn  anak2,layan ibu dan si baby hehehe.

Ptg aku nak balik semula ke melaka bawa zikry sekali.Sebelum balik aku bawa mereka berdua kuar jap...beli aiskrim dan jajan.Sampai umah aku masukkan zarif dan layan jap dia mkn aiskrim....bila dia leka je aku dan zikry pun cabut hahaha...sepanjang perjalanan mcm2 sizikry ni bercerita dan mcm2 plak dia tanya aku...aku pun layan je la sampailah umah....jadi kami tinggallah berdua.Dia pun selalu nk ikut aku balik...dia kata nk duduk dgn ayah...jd dh naik sekolah ni aku bawa lah dia balik....dan hari ini dia mula bersekolah.....

05 June 2012

unknown

Assalammualaikum wbrkt.....
Apa yg aku nak mulakan ek dan dr mana plak aku nk mula ni hehehe....mcmnilah yer....citer sini abis sini la yerrrrr...hahahha mukadimah je tu.Sebenarnya aku tertarik dgn satu isu borak2 kosong la mengenai hadiah utk suami atau isteri.Terlebih dahulu,perlu atau tidak kita tanya atau beritahu suami atau isteri hadiah yg kita nak beri padanya.kalau perlu...mengapa?dan jika tidak perlu...mengapa pula ek.?Klu ada sesiapa berminat nk beri komen silakanlah yer...sharing is caring   hahahaha.

Ok komen aku...dlm kehidupan aku suami isteri dlm tempoh 5 thn ni kami jarang menghadiahkan apa2 tp bkn bermaksud tiada yer cuma jarang2 sejak dr bercinta lg :).Ada hari2 yg kami ingati tetapi kami tidak meraikannya dgn memberi hadiah cuma mengingati sahaja.Aku beri hadiah kepada isteriku dgn kejutan dan aku tk mahu beritahu dia.Klu aku beritahu dia,apa yg dia nak tetntu tk ada kejutan dan mungkin aku yg terkejut plak bila dia minta luar dari kemampuanku hehehe...setakat ini aku seorang suami yg beruntung kerana isteriku bkn seorang yg meminta2...dia memahami aku dan kemampuanku.Oleh kerana itu aku suka beri kejutan....kerana hadiah yg ku beri tidak seberapa jika dibandingkan apa yg di belinya sendiri tetapi kejutan yg memberi makna pada dirinya.Aku pula tidak pernah mengharapkan apa2 hadiah dr dia sekadar dia dpt menjalankan tanggungjawab dia sbg isteri dan juga ibu dgn baik pada aku dan anak2 aku.Bkn maknanya dia tkde beri apa2 kt aku....malah lbh byk yg dia beri dr aku sendiri hehehe.Seingat aku isteri aku tk pernah minta hadiah tp dia selalu minta belanja makan...itu pun berkias2  hehehe.Moralnya disini aku beli je apa yg ada dlm kotak fikiranku dan yg aku mampu utk aku hadiahkan kepada isteriku.....jd pilihan aku adalah tidak perlu beritahu....belikan saje.

Timbul pula persoalan....bila kita beli sahaja utk dia,lepas tu hadiah tu tk sesuai utk dia atau dia tk suka,mcmn ek?Ha mcmn tu?.....ok komen aku la yer.....aku hadiahkan ikhlas utk isteri aku....klu aku tanya dia apa yg dia nak....nnt aku jd berkira2 sbb aku tk mampu utk yg mahal2.....tkt nnt aku jd tidak ikhlas kerana terlalu berkira2.ok jawapanya skrg aku beri ikhlas pada isteriku dan aku harap dia ikhlas terima...jika tidak sesuai aku serahkan pada dia utk buat apa pun pada hadiah aku tu....yg paling penting fedback dr dia yg aku perlu...supaya aku tk belikan lg brg yg tk sesuai utk dia.Buat masa ni...ada brg yg aku hadiahkan pada isteriku yg tidak sesuai pada dia tp dia simpan baik brg tu.....dh jd milik dia kan jd terpulang pada dia utk buat apa2 pun......

P/s : Hadiah yg paling bermakna dlm hidup ni adalah anak2 kami....alhamdulillah syukur. luv u ibu :)

04 June 2012

Cuti

Assalammualaikum wbrkt.....
Cuti sabtu minggu lps balik kg...balik dr keje terus bertolak balik kg.Sampai kg....anak2 aku serbu kat aku,mcm bertahun tk jumpa....masing2 berebut,bila zikry dok kt pangku zarif plak menangis tk kasi...dia je yg boleh duduk kt ayah dia.Aku pun pening kepala....dua2 dok kt pangku pun masih nak bergaduh.Nasib baik sekejap je pastu masing2 ngantuk dan terus tido.

Sabtu ada keje kawin umah sepupu isteri aku...isteri aku tk dpt dtg jd aku g la dgn zikry dan zarif.Aku ingat nak tlg rewang la...tp anak2 aku plak tk bleh renggang.Aku tinggalkan gak,tlg sikit2...time diorg leka je aku tinggal la buat keje....pastu ada org cr aku beritahu anak2 aku cr aku....adussss...last2 aku dok dgn mereka tngok karaoke.Zarif demam...sblm aku dtg keje kawin aku bawa dia g klinik dulu...demam2 pun berjoget dgr karaoke...abgnya plak dok diam je tngok org menyanyi.Dh ptg skit...mereka khayal aku pun tlg la kemas.Bila tngok ayahnya takde mulalah mencari....last2 bapa mertua aku ckp srh balik dulu....aku pun balik.

Sblm aku g keje kawin sepupu aku tu...aku g umah atok aku bawa zikry dan zarif....Aku bawa atok aku g ngeteh.Atok aku kena tinggal sorang sbb nenek aku g kerja kawin kat keratong....lepas bawa ngeteh aku balik umah atok aku....anak2 aku main la kt umah atok aku.Tngok gelagat anak2 aku terhibur rasa.Lepas rindu dihati....
Si adik ikut je apa yg si abang buat...ni tgh tngok kartun kt umah atok...





Sarapan roti telur...zikry klu bab mkn mmg puashati mesti habis.....atok aku tngok gelagat anak2 aku





Zarif klu makan lbh main je.....ada sorang bdk kecik ppuan....zaif kasi roti telur dia kt bdk ppuan tu....





Atok aku layan zikry... gambar ni zikry la yg snap...atok aku ngadu kt aku heheheh



Aku belikan aiskrim utk zikry....syaratnya mesti habiskan jgn sampai adik nampak...adik tk bleh mkn aiskrim sbb demam...lg pun zarif mmg belom pandai mkn aiskrim.

Gambar kat umah pengatin tk terfikir utk amik...lg pun aku mmg tk berape nak minat amik gmbar hehehe...,yg ada ni pun boleh dikatakan terambil la huhuhuhu


 


 


30 May 2012

Rindu....

Assalammualaikum wbrkt....
Aku rindu dgn karenh dan telatah anak2 ku......ketika dia membuat aku ketawa...senyum...dan juga marah.Ketika ibu memarahi anak2nya hehehe :) semua itu membuat hati aku dicuit utk memberi tindak balas.Ibu berpantang di kampung bersama anak2....tinggallah aku seorang.Aku ada minta cuti tanpa gaji utk jaga wife aku tetapi sykt tk luluskan....dapat cuti sbln pun ok la.Semasa aku minta cuti,manager tu senyum dan ketawa...dia ingat aku bergurau.Aku cakap dgn dia,aku serius....dan dia pun terpaksa bagi jawapan serius iaitu tidak boleh....pasrah la.Zikry nak ikut aku balik hari tu....dia nak dok dgn aku katanya.Tadi aku call ibu dan pastu aku ckp plak dgn zikry....dia tanya aku kt mana....nape tak ajak dia....dia nak dok dgn aku...mcm2 la..pastu merajuk dan tk nak ckp dgn aku....wah bdk2 skrg ni ek...kecik2 dh pandai merajuk.Aku ckp dgn dia....skrg cuti sekolah,nnt dh mula sek.aayah bawa zikry dok dgn ayah.Sian dgn ibu nak kena jaga anak2....anak2 sdg membesar ni plak bkn main perangai masing2....kena bykkan bersabar je lah huhuhu...Zikry tu walaupun selalu kena rotan dgn aku tapi dia tetap rapat dgn aku.....pandai bodek aku hehehe...tapi salah tetap salah dan hukuman tetap hukuman....Zarif plak makin membesar ni terserlah kenakalannya....pandai berlakon plak tu.....belom kena rotan dh nangis.Mcmn ibu nak handle mereka....dgn ibu mereka tak takut....mereka selalu kena rotan dgn aku pun sbb mereka tk dgr apa yg ibu ckp.Aku jadi marah bila anak2 aku tk dgr ckp ibu.....bila aku dh marah kenalah mereka.Walauapapun aku rindu kt mereka...ketika suka atau marah aku tetap rindu mereka.....kerana mereka adalah anak2 ku....................




Kena ikat baru boleh tido dlm kete....ni masa nk g melawat ibu dan zahirul haq kt hospital tangkak...Zahirul haq kena tahan wad sbb kuning.



Abg zikry pun tido sbb dia demam masa ni....dgn aku dia minta ubat klu dia demam...klu dgn ibu...ibu kena panggil dia utk kasi ubat.Dah besau abg yer.....









Gunung Ledang dr hospital tangkak.....

25 May 2012

kongsi :)


Bila ada yang sayang... Jangan lukai hatinya... Bila ada yang cinta...
Jangan kamu titiskan air matanya.. Bila ada yang menanti..
Pastikan kamu kembali... Bila ada yang setia.. Lakukan yang sama..
Bila dia pergi...Pergilah kejari selagi merasa dia bererti...
Kerana bila dia tiada di sisi...Kamu akan sunyi dan sepi..... ♥-
 -------------------------------------------------------------------------------
 
❝Tak semua AIRMATA bererti DUKA ~ kadang2 tangisan adalah KEBAHAGIAAN yg tak mampu di ungkapkan LISAN❞

❝Tak semua KETAWA bererti SUKA ~ kadang2 ketawa menjadi PENUTUP hati yg TERLUKA❞

 -------------------------------------------------------------------------------

✿◕ ‿ ◕✿ Andai Diri Kecewa ✿◕ ‿ ◕✿

:: kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat ? ::
(-_-) - Mestilah MENANGIS dan TERKILAN

... :: sebab......?? ::
(-_-) - Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu

:: dan lepas tu kita BUAT APA ? ::
(-_-) - Tak nak PERCAYA pada dia lagi !

:: macam tu ke ? ::
(-_-) - Mestilah

:: TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ??? ::
(-_-) - Sebab ?

♥ Dari kerana sebab KECEWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya , INDAHKAN ?

♥ JADI jangan sedih sangat , INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita

InsyaAllah ◕‿♥
 --------------------------------------------------------------------------------

SeANGKUH dan SeHEBAT Apapun Kita,
Diatas Hamparan Sejadah jugalah Dahi Kita Bersujud,

SeCANTIK dan SeINDAH Apapun Rupa kita,
Kain Putih Jugalah Yg Pada Akhirnya akan Membalut Tubuh Kita,
...
SeKaya dan SeBanyak Apapun Harta Kita,
Tidak Akan Dapat Dibawa Jika pergi Menghadap ILAHI,

SeGAGAH dan SeKUAT Manapun Kita Berjalan/Berlari,
Pada Akhirnya Akan Tetap Diusung Juga,

SeRAMAI dan SeBANYAK Apapun Teman-teman Kita,
Namun Kita Akan Pergi Seorang Diri Juga 1 Hari nanti.

Peringatan

Assalammualaikum wbrkt......

Untuk Orang Islam !
: JANGAN MALAS ! BACE NI !
Kiamat menurut Agama Islam

  1. - Kemunculan Imam Mahdi
  2. ... - Kemunculan Dajjal
  3. - Turunnya Nabi Isa (AS)
  4. - Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
  5. - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
  6. - Pintu pengampunan akan ditutup
  7. - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
  8. - Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami        tanda2 kiamat lainnya  
  9. - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
  10. - Pemusnahan Kabah,
  11. - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
  12. - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
  13. - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Renung2 kan lah.....

Assalammualaikum wbrkt.....

Renungan dan peringatan kepada kita semua......
1. Jgn bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
2. Jgn bangga dgn rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR
3. Jgn bangga dgn baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN
4. Jgn bangga dgn kereta&motor besar,kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA
5. Jgn bangga dgn Minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS.
Sumber: ciplak org punya :)

Muhammad zahirul haq

Assalammualaikum wbrkt....
Isteriku selamat melahirkan anak ke-3 kami....Muhammad zahirul haq kami beri nama.21 mei 2012 jam 7.54am berat 3.5kg.....alhamdulillah selamat semuanya.Pagi 21 mei tu kul 5am wife aku bgn tido...aku terjaga dan tngok jam baru kul 5am....apasal awal plak dia bgn....aku pun tido balik la mungkin dia nak buang air kot.Hampir jam 6am dia ajak aku g hospital....terperanjat aku.....dia ckp dh sakit nk bersalin kot.Alamak dgn automatiknya aku bgn mandi lbh kurang,siapkan anak2,angkat beg( nasib baik ibu dah packing barabg yg nak dibawa)terus turun bawah......angkat zarif(tido lagi)...zikry asyik tanya"kita nak g mana ayah...gelap lg ni"aku dgn kelam kabut tk jawab apa yg dia tanya....aku hidupkan enjin kete...pastu aku naik umah lg amik brg2 dan turun bersama ibu.Dlm kete zikry tanya lg"ayah kita nak g umah atok ke"aku jawab"taklah...abg dok umah mak dgn zarif ye,ayah nak antar ibu g hospital...adik dh nak kuar"dia pun confuse jap...."oooo adik dlm perut ibu nak kuar ye...."aah jawab aku.

Hantar mereka ke rumah pengasuh awal pagi...pengasuh pun terperanjat....dia tanya dan aku jawab lbh kurang je.Siap hantar mereka aku terus hantar ibu ke hospital melaka....jalan sesak plak sbb hujan....sampai hospital aku tk tau kt mn emergency jd aku turun kt pintu masuk depan hospital....laaa mslh plak kerusi roda tk muat....ibu dh ngadu anak rasa dh nak keluar...lg terperanjat aku,biru muka aku dibuatnya.aku g minta tolong org yg lalu kt situ then ada nurse ajak aku g emergency....smpai sana mcm2 plak dia tanya....aku pun tk dgr apa dia ckp....tp ada seorang bdk lelaki tu bgs...dia ckp kt dpn ada org nak bersalin emergengy...lalu dia capai apa nama tu katil yg bergerak tu hehehe lalu dia berlari bersama seorang nurse pompuan tanpa byk ckp.Aku pun follow.....

Satu hal lg nak naik kan ibu plak ssh sbb ibu dh sakit....walaumcmn pun berjaya la juga lalu bdk tu pun memecut pergi ke dewan bersalin....sampai dalam aku kena g daftar.Rupanya semasa aku nk g daftar tu...anak aku muhammad zahirul haq dah keluar dgn jayanya.Semasa tmpt daftar....org kat situ ckp lain kali klu emergency g la tmpt emergency....mungkin dia tahu sbb pagi2 dh kecoh depan hospital tu hahaha....Dgn selamba aku jawab..."maaf encik,kalau saya tahu kat mana tmpt emergency saya tak berhenti kt depan tu".Dia pun senyum....dia jawab "iyer la kan,tp lain kali klu ada hal emergency awak g tmpt emergency yer tk kiralah hal apa".Aku jawab "saya tk suka susahkan org encik....dlm keadaan skrg saya pun tgh susah...nama pun kecemasan tk kan nak kena ikut prosedur gak....klu saya tahu emergency tu kt mana...tk jadi hal mcm td.

Aku bkn nak komplen keje org tp klu kecemasan la kan maknanya org tu mmg memerlukan pertolongan....takkan nak tolong org pun kena panggil org yg sesuai utk tolong...maknanya takkan nak kena emergency punya org nk tlg....org lain tk bleh tlg ke....huhuhu.oklah lupakan hal tu....aku naik balik kt dewan bedah hantar daftar masuk tu....pastu aku tggu kt luar.Lama gak tunggu...sempatlh berborak2 dgn lelaki senasib dgn aku hehehe...

Dlm kul 12lbh dkt kul 1 wife aku dh bleh kuar...tp yg sedih anak aku kena tahan plak.....kul 1lbh aku g tngok anak aku....doktor ckp saluran ateri kt tali pusat cuma ada satu jd dia kena cek dulu.Ptg pas melawat aku balik umah ...amik anak kt umah pngasuh bw balik umah.Zikry sibuk tanya ibu mana...ibu kt hospital adik dh kuar.Mlm layan la anak...pg hantar anak dan terus g hsptl....ibu ckp dh bleh kuar....jd aku g jumpa doktor bayi...dia ckp dlm kul 3pm br tahu kputusan....kul 3 dpt tahu kputusan je dh bleh kuar....dan terus balik......








                                          masak sendiri dan makan sendiri hehehhe.......                                       

20 May 2012

karenahmu....

Assalammualaikum wbrkt....

Gembira melihat anak2 membesar didepan mata kita sendiri..walaupun mcm2 karenah yg perlu kita hadapinya.Kadang2 karenah mereka boleh membuat kita ketawa bila melihatnya tidak kurang juga bila karenahnya membuat kita marah tahap maksima....itulah anak kan.Alhamdulillah setakat ni mereka membesar dgn sihat insyaallah utk selamanya.Pagi td aku gunting rambut mereka...nampak panjang plak,klu ikut ati aku...aku botakkan je kepala dia tp asyik botak je....baik kasi simpan skit rambut tu heheh....ibunya tk suka asyik dibotakkan je.Dulu zikry sorang...sian tkde kawan,dptkan kawan (zarif),oklah...bila zarif dh besar...eh jap baik jap bergaduh.Sizarif mmg suka sgt menyakat abgnya...abgnya sabar je sbb klu dia pukul adik dia nnt dia yg kena pukul plak....tp kdg2 aku nampak dia pukul gak adik dia klu aku tk nampak...adik dia plak asyik nak pukul abg dia je...klu aku nampak,aku amik tgn dia aku rotan tapak tgn dia.tp kalau mereka main bersama aku seronok kdg2 aku pun join hahaha...klu dh join mmg ssh nak berhenti sbb si zarif ni selagi tk penat dia tk nak berhenti main.Klu aku berhenti dia pasti akan menangis dgn tangisan yg melapau...tp klu dia rs dh puas,aku berhenti pun dia tk kisah.....baru 2 hehehe..masuk 3 patah riuk bdn aku...tkpelah utk anak....
                                          Rumah yg bersepah....zikry dan zarif..........





                                        

16 May 2012

Terkejut

Assalammualaikum wbrkt....
Hari ni aku cuti sbb hantar wife aku g cek kat hospital A.Gajah.Pagi2 lepas hantar zarif dan zikry aku terus hospital A.Gajah.Sampai sana,wife aku masuk dan aku g sarapan....aku dh tau mesti lambat punya klu g hospital ni....jd aku sarapan dulu,wife aku tk nak sarapan.Dok kedai sarapan pagi...baca metro...rileks jap baru aku g masuk.Itu pun lama lagi nak siap jd duduk la berborak2 dgn org menunggu mcm aku gak....ada gak yg nak cek darah sbb nak kawin.Teringat ms nak kawin dulu g cek darah hehehe.Punyalah ramai org nak kawin mcm aku ms tu....aku buat kt ampang,kl fuhhhh berejam tunggu giliran.Kat A.Gajah td tak ramai....seorang je heheh bln lps pun aku nampak sorang je.Leka borak2 wife aku pun dah siap....Sambil jalan ke kereta berbual la pasal cek tadi....bila ibu cakap dr serahkan kes dia ke hospital bsr melaka sbb baby besar dan mungkin tk boleh bersalin normal kena operation....terkejut aku....terkedu sebentar.Aku tanya wife aku"syg tak tanya doktor ke kenapa baby boleh besar" dia jawab tak.Aku terasa seram gak bila dgr operation ni.Dlm pada itu pun aku sempat gak gurau dgn dia...Aku ckp "nape tak suruh doktor kecikkan sikit baby tu" spontan la...aku pun tk fikir itu satu gurauan tp yg aku fikir mungkin satu jalan utk mengatasi mslh dr kena operation.....wife aku jawab "mana boleh".Masuk kete dan bergerak pulang...sebelum tu cari kedai makan dulu sbb wife aku tk sarapan lagi....apapun kena g hospital mlk dulu dan tngoklah kputusannya...tawakal je lah....harap2 dapatlah bersalin seperti sebelum2 ni...insyaallah

15 May 2012

Setuju

Andai Malaysia DiSerang (Penafian: Tiada kena mengena dengan yg hidup atau yg mati. Sekadar peringatan)

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….
Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….”
Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?
MALAYSIA DISERANG ???
Untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)
AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke Malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang Malaysia …
AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.
Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tetapi tentera Kuffar tetap menyerang Malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.
Malaysia tetap mempertahankan, Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin. (ingat yer.. time ni hak asasi manusia yg korang dok kecoh kecoh tu dah takde makna dah ..)
Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini. Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya raya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.
Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al- Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.
SAAT Peperangan bermula….
Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri- negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia …mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!! AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…. .
Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti…. Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.
Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…
Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda… Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2008…diajukan muncung senapang…

DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera
bersekutu… Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..
Anda menangis ketakutan… .
Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….

Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.
Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri.. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata… Anak kecil ditembak didepan mata… Isteri dirampas untuk diperkosa… . didepan mata!!!! kawan-kawan. ..sahabat taulan… ramai yang terkorban.. dan tidak kurang juga yang cedera parahh..
Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…
Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa… Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….
Apa yang anda Harapkan pada masa itu????
Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…

BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…
ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA ,
SELATAN THAILAND , BANGLADESH , PAKISTAN ,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN… ..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……

Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN MENYATAKAN :

“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)
“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )
“Alhamdulillah. .. Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan..
Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)
“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )
“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

fikir-fikirkan. ……
p/s:- Bersatulah semua wahai sahabat-sahabatku… Kukuhkanlah pegangan AGAMA.Lupakanlah persengketaan politik.. Mantapkanlah Institusi Raja-Raja Melayu ,Hormatilah Kedaulatan Raja-Raja Melayu iaitu raja KITA semua. Raja ialah Payung Negara Yang Berdaulat.
“Dunia ini tiada jaminan melainkan hanya satu peluang. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.”

*sumber diambil dr blog lain utk renungan kita bersama...fikir2 kanlah

04 May 2012

sharing is caring

Mayat tidak diterima bumi

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.
Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.
Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.
Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.
Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.
Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.
Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.
Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.
Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.
Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.
Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.
Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas – RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin – RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi – RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah – RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.
UBI…… UBI… SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena… jangan marah… :-)
P/s : Orang cakap sharing is caring… so aku share la benda nie…biar ramai2 yang kena…hahahhaha

01 May 2012


Cuti kecemasan

Assalammualaikum wbrkt....
Sabtu lepas aku amik cuti EL sbb nak uruskan pasal durian runtuh dan saham yg felda nak kasi tu.Kebetulan aku nak balik kg kt kota tinggi tu...adik aku bagi sms beritahu anak dia masuk bola jaring wakil daerah pontian....terkedu jap aku heheheh amira wakil daerah...eh boleh main ke dia....boleh tk boleh main pun dah wakil daerah kan,kira boleh la tu.Adik aku pesan kalau sempat singgah la kasi sokongan.Aku bertolak dr melaka lbh kurang kul 7lbh pas maghrib....sampai felda adela dlm kul 10lbh.Adik aku yg kt umah adela beritahu aku...team mira menang main ptg td.Esok dia akan lawan lagi....esok paginya aku settlekan dulu pasal urusan felda...pastu aku ajak adik aku g tngok amira main bola jaring.Sampai je kat sana,dia dh abis main dan kalah huhuhu.Takpe dia ada main ptg nnt...jd aku g le cr mkn dulu pastu ptg dtg balik.Ptg plak dia main kira kalah mati...dia lawan jb.Perlawanan antara pontian lawan jb adalah perlawanan yg paling hot dan gemuruh...jb pasukan favourite dan pemainnya bleh tahan tinggi2...pontian plak kurang yg tinggi2.Anak sedara aku jadi GA,dia pun kira tinggi la gak...lbh tinggi dari aku kot atau sama tinggi heheheh.Aku join dgn penyokong pontian...mmg best bersorak...aku bawa zarif sekali utk sorak hahaha..akhirnya pontian menang.Bawah 18 dan 15 jb masuk akhir cuma bawah 12 dia kalah dgn pontian.Aku dgr komen penyokong2...dia kata bdk GA(anak sedara aku le)tu main tkde perasaan je hehehe....aku sendiri tngok pun mmg tkde perasaan pada muka dia....tp jaringan dia mantap dari jauh pun bleh score.Aku tk penah tngok permainan bola jaring...tp aritu aku jadi suka plak dan jadi penyokong setia tepi gelanggang hahaha.Hari ahad final jumpa Ledang....Ledang plak daerah kg aku....aku dh agak mmg jumpa ledang sbb diorg main best dan pemain dia dapat anugerah pemain terbaik....dan yg paling menarik pemain dia semua kecik2 kecuali GS dia je yg tinggi dan yg paling tinggi dlm gelanggang tu.Apa yg dapat aku lihat mereka semua main dgn semangat dan aku seronok tngok smangat mrk bermain.Ledang kalah sikit 23-20...nasib baik pontian awal2 dh jrakkan mata....sbb ledang ni lambat panas.Ok la yg penting menang....menangis mereka dapat menang....aku tumpang gembira.Berbaloi gak la aku tunggu sblm bertolak balik ke melaka.Tak ku sangka tak ku menduga berbakat gak anak sedara aku ni....klu tngok orgnya lembik je heheheh.Aku dgr cikgu sek.men.ckp nak booking dia utk bwh 15 thn plak thn dpn.Ibu dia tk berapa suka dia bersukan sbb tkt abai pelajaran.Aku rasa yg mana yg baik boleh je beri galakan...yg penting dia minat dan ada kesungguhan mana tahu boleh jd ahli sukan berjaya mcm nicol david kan...kan...kan.Pak long bangga dgn pencapaian mira....Akhir kata majulah sukan utk diri dan negara.....
Nuramira bte Selamat.
Muka tkde perasaan hehehe...baru pas nangis ni,tngok kwn2 nangis dia pun nangis kot huhuhu.


 Dikerumuni oleh penyokong2 dan cikgu2 mereka setelah tamat permainan.Detik2 gembira

 Dia peluk makcik dia.Makcik dia adik aku no3.Dia lbh tinggi dr makcik dia huhuhu

 Ketika perlawanan.....

 Bergambar sebelum perlawanan...dua2 makcik dia pun rendah huhuhu

 Bergambar setelah menjadi juara....bersama pingat dan sijil

Ni gambar selitan hahaha anak aku dan sepupunya...anak adik aku dah besar2...yg paling besar amira tu le..

Satu aku nak puji...cikgu dia dan pemain2 dia baik2....mereka nak main salam kami semua...dh abis main pun salam dh menang pun salam....amik berkat kot hehehe...semoga berjaya utk anda semua.


 


21 April 2012

Kemas

Assalammualaikum wbrkt.....
Hari ni balik dari kerja,rumah aku dh mcm tongkang pecah....aku malas nak kemas jd aku layan la anak2 aku dulu.Ibu letih...sian dia bawa anak dalam perut.Aku belikan jajan utk diaorg,sambil makan sambil tngok tv.Lama2 mata aku jadi sakit plak...makin lama makin bersepah.Mereka tahu main je,kemas tak reti.Aku srh zikry kemas mainan dia,dgn lembut aku srh dia kemas.Sekali aku ckp dia buat tk tau je....kedua kali aku ckp dia gerak sikit,ketiga kalinya aku dh tk sabar.....aku angkat tali pinggang kelam kabut dia kemas mainan dia sambil nangis....lama2 bersih umah heheheh....aku tk pukul cuma gertak je.Siap dia kemas mainan dia,aku pun sapu satu umah.....dah siap semua barulah sedap sikit mata memandang.Kena ajar skit,bkn tk kasi main....main la puas2 tp bila siap main kenalah kemas.
Si Zarif tgh pomen motor...iyer....iyer...o je huhuhu
                                         
Si Zikry plak amik alih.........
                                         
Dua org anak lelaki ku...akan dtg insyaallah lahir lg sorang hero....jd bertambah la geng utk sepah kan umah huhuhu......
                                                                                                                            

19 April 2012

Pesan roh kepada manusia

Assalammualaikum wbrkt.....
 
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah saw lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

12 April 2012

Anakku

Assalammualaikum wbrkt.....





Gelagat anak2 ku hehehe...ibunya kemas buat persiapan utk kelahiran adik mereka berdua tapi mereka plak yg lbh2 tlg kemas hehehe...ini baru 2 orang hero....akan datang insyaallah lagi seorang...boleh kurus ibunya ni huhuhuhu.Ini pun dah pandai bergaduh dah...kejap baik kejap gaduh...klu tk abg yg mulakan mesti adik yg mulakan dulu....kdg2 tngok nak ketawa jarang2 tngok nak marah hahahaha.Rumah tak yah citer la...baru je kemas tak sampai sejam dh bersepah balik....tekak ibu dan ayah dah sakit asik nak marah huhuhu...anak....oh anakku....