16 November 2011

masih ada kemaafan utk aku

assalamualaikum..




                                                                        


Tirulah sifat Al A'ffu (Maha Pemberi Maaf)  Allah SWT... yang terus-terusan memaafkan kesalahan hamba-Nya selagi kita sudi bertaubat. Hanya dosa syirik, selain itu... pengampunan Allah tidak bertepi dan "bertapi" lagi.

Jadi siapakah kita yang tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain? Kita hanya manusia yang turut berdosa... Apakah kita terlalu suci untuk tidak memaafkan dosa orang lain? Sesungguhnya, manusia lain berhak mendapat kemaafan sesama manusia. Dan manusia yang paling berhak mendapatkan kemaafan itu tidak lain tidak bukan ialah orang yang kita kasihi.

Kerana cinta Allah terus sudi memaafkan, dan kerana cinta jugalah kita seharusnya sudi memaafkan kesalahan pasangan kita atau sahabat2 kita hanya kerana mengharapkan kemaafan Allah. Ingatlah, kita mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita, tetapi kerana perintah Allah agar mencintai mereka!

Katakan kepada diri, betapa sukar sekalipun, kau wajib memaafkan. Memang kadangkala ada tingkah lakunya, tutur katanya atau sikapnya yang terlalu menyakitkan hati kita... Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutup mata, dipujuk-pujuk jiwa, tetapi kesalahan itu terbayang dan terkenang jua. Hendak melupakan? Ah, jauh sekali... Sekadar memaafkan pun begitu berat terasa di hati. Tetapi apa kan daya memaafkan lebih baik dari terus berasa benci.

Bila datang perasaan semacam itu di hati kita... sedarlah ketika itu Allah menguji cinta kita sebagai hambaNYA! Allah bukan sahaja menguji cinta kita kepadanya, tetapi menguji cinta kita  kepada-NYA..







disini aku memohon maaf kepada semua seandainya aku bersalah....aku akui aku telah berbuat salah tanpa aku sedari atau aku sedari.....aku hanya insan biasa tidak dpt lari dari kesilapan....luahkanlah jika aku bersalah....kepada semua aku mohon maaf atas kesalahan aku.....jaga diri dan kesihatan bye :) assalamualaikum..................

No comments: