11 November 2011

:-)

JODOH- MENCARI YANG TERLALU SEMPURNA.

Salam bahagia, salam ceria dan salam hari minggu.
Hari ini mungkin ada pasangan yang melangsungkan perkahwinan. Hari ini juga di The Mall, Gadong rasanya masih berlangsung pameran perkahwian. Apa kata hari ini izinkan Ana berkongsi cerita tentang tajuk “Jodoh- Mencari Yang Terlalu Sempurna” yang Ana petik dari iluvislam.
Jika kamu memancing ikan...setelah ikan itu berlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu...Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja.  Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kalimu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...setelah ia mulai MENYAYANGIMU.
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya...Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menandah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungnnya  dan janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambahinya semula...akhirnya ia di buang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Begitulah jika kamu memiliki seseorang , TERIMALAH seadanya...Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa...Apabila sekali ia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke ahirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu...mengenyangkan, berkhasiat...mengapa kamu berlengah , cuba mencari makanan yang lain...terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan  yang pasti membawa KEBAIKAN kepada diri mu...MENYAYANGIMU...MENGASIHIMU.Mengapa harus berlengah, cuba membandingkannya  dengan yang lain, terlalu mengejar kesempurnaan, kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga akan menyesal...

:) assalamualaikum

1 comment:

Anonymous said...

buy tramadol 100mg tramadol during pregnancy - buy tramadol mastercard