11 June 2012

Berdua...

Assalammualaikum wbrkt.....
Aku dok berdua dgn anak aku yg sulung Muhammad Zikry.Sabtu balik dr kerja aku terus balik kg..a.keroh jem plak.Aku singgah kt kedai tayar kt tangkak utk buat alignment dan balancing....aku baru tukar sport rim dan tayar.Masaalahnya aku tukar saiz tayar 50 siri jd dia tinggi skit dan jejak depan belakang time corner kuatlah.....siap bikin aku terus balik ke kg.Sampai kg 8lbh.Jumpa anak2....mereka berlari mendapatkan aku dan aku rs terharu.malam tu main dgn anak je la...sampai tertido.

Pagi mcm biasa bila cuti di kg....aku siapkan mandi dan pakai baju diaorg...aku bawa g umah atok aku.Nak bawa atok g ngeteh hehehe.Sblm sampai umah atok aku tpon dulu...makcik aku yg angkat...dia ckp pakcik aku dh bawa atok aku g ngeteh jd aku terus je g kdai biasa heheh.jumpa atok dikedai.

11lbh aku bawa balik anak2 aku ke umah mertuaku....bila aku dh masukkan mereka dlm umah,dgn senyap aku pun cabut g kedai utk beli barang2 keperluan bayi dan dapur umah.Selesai semua aku g hantar kete utk dibasuh plak....bila siap aku balik umah.Main dgn  anak2,layan ibu dan si baby hehehe.

Ptg aku nak balik semula ke melaka bawa zikry sekali.Sebelum balik aku bawa mereka berdua kuar jap...beli aiskrim dan jajan.Sampai umah aku masukkan zarif dan layan jap dia mkn aiskrim....bila dia leka je aku dan zikry pun cabut hahaha...sepanjang perjalanan mcm2 sizikry ni bercerita dan mcm2 plak dia tanya aku...aku pun layan je la sampailah umah....jadi kami tinggallah berdua.Dia pun selalu nk ikut aku balik...dia kata nk duduk dgn ayah...jd dh naik sekolah ni aku bawa lah dia balik....dan hari ini dia mula bersekolah.....

05 June 2012

unknown

Assalammualaikum wbrkt.....
Apa yg aku nak mulakan ek dan dr mana plak aku nk mula ni hehehe....mcmnilah yer....citer sini abis sini la yerrrrr...hahahha mukadimah je tu.Sebenarnya aku tertarik dgn satu isu borak2 kosong la mengenai hadiah utk suami atau isteri.Terlebih dahulu,perlu atau tidak kita tanya atau beritahu suami atau isteri hadiah yg kita nak beri padanya.kalau perlu...mengapa?dan jika tidak perlu...mengapa pula ek.?Klu ada sesiapa berminat nk beri komen silakanlah yer...sharing is caring   hahahaha.

Ok komen aku...dlm kehidupan aku suami isteri dlm tempoh 5 thn ni kami jarang menghadiahkan apa2 tp bkn bermaksud tiada yer cuma jarang2 sejak dr bercinta lg :).Ada hari2 yg kami ingati tetapi kami tidak meraikannya dgn memberi hadiah cuma mengingati sahaja.Aku beri hadiah kepada isteriku dgn kejutan dan aku tk mahu beritahu dia.Klu aku beritahu dia,apa yg dia nak tetntu tk ada kejutan dan mungkin aku yg terkejut plak bila dia minta luar dari kemampuanku hehehe...setakat ini aku seorang suami yg beruntung kerana isteriku bkn seorang yg meminta2...dia memahami aku dan kemampuanku.Oleh kerana itu aku suka beri kejutan....kerana hadiah yg ku beri tidak seberapa jika dibandingkan apa yg di belinya sendiri tetapi kejutan yg memberi makna pada dirinya.Aku pula tidak pernah mengharapkan apa2 hadiah dr dia sekadar dia dpt menjalankan tanggungjawab dia sbg isteri dan juga ibu dgn baik pada aku dan anak2 aku.Bkn maknanya dia tkde beri apa2 kt aku....malah lbh byk yg dia beri dr aku sendiri hehehe.Seingat aku isteri aku tk pernah minta hadiah tp dia selalu minta belanja makan...itu pun berkias2  hehehe.Moralnya disini aku beli je apa yg ada dlm kotak fikiranku dan yg aku mampu utk aku hadiahkan kepada isteriku.....jd pilihan aku adalah tidak perlu beritahu....belikan saje.

Timbul pula persoalan....bila kita beli sahaja utk dia,lepas tu hadiah tu tk sesuai utk dia atau dia tk suka,mcmn ek?Ha mcmn tu?.....ok komen aku la yer.....aku hadiahkan ikhlas utk isteri aku....klu aku tanya dia apa yg dia nak....nnt aku jd berkira2 sbb aku tk mampu utk yg mahal2.....tkt nnt aku jd tidak ikhlas kerana terlalu berkira2.ok jawapanya skrg aku beri ikhlas pada isteriku dan aku harap dia ikhlas terima...jika tidak sesuai aku serahkan pada dia utk buat apa pun pada hadiah aku tu....yg paling penting fedback dr dia yg aku perlu...supaya aku tk belikan lg brg yg tk sesuai utk dia.Buat masa ni...ada brg yg aku hadiahkan pada isteriku yg tidak sesuai pada dia tp dia simpan baik brg tu.....dh jd milik dia kan jd terpulang pada dia utk buat apa2 pun......

P/s : Hadiah yg paling bermakna dlm hidup ni adalah anak2 kami....alhamdulillah syukur. luv u ibu :)

04 June 2012

Cuti

Assalammualaikum wbrkt.....
Cuti sabtu minggu lps balik kg...balik dr keje terus bertolak balik kg.Sampai kg....anak2 aku serbu kat aku,mcm bertahun tk jumpa....masing2 berebut,bila zikry dok kt pangku zarif plak menangis tk kasi...dia je yg boleh duduk kt ayah dia.Aku pun pening kepala....dua2 dok kt pangku pun masih nak bergaduh.Nasib baik sekejap je pastu masing2 ngantuk dan terus tido.

Sabtu ada keje kawin umah sepupu isteri aku...isteri aku tk dpt dtg jd aku g la dgn zikry dan zarif.Aku ingat nak tlg rewang la...tp anak2 aku plak tk bleh renggang.Aku tinggalkan gak,tlg sikit2...time diorg leka je aku tinggal la buat keje....pastu ada org cr aku beritahu anak2 aku cr aku....adussss...last2 aku dok dgn mereka tngok karaoke.Zarif demam...sblm aku dtg keje kawin aku bawa dia g klinik dulu...demam2 pun berjoget dgr karaoke...abgnya plak dok diam je tngok org menyanyi.Dh ptg skit...mereka khayal aku pun tlg la kemas.Bila tngok ayahnya takde mulalah mencari....last2 bapa mertua aku ckp srh balik dulu....aku pun balik.

Sblm aku g keje kawin sepupu aku tu...aku g umah atok aku bawa zikry dan zarif....Aku bawa atok aku g ngeteh.Atok aku kena tinggal sorang sbb nenek aku g kerja kawin kat keratong....lepas bawa ngeteh aku balik umah atok aku....anak2 aku main la kt umah atok aku.Tngok gelagat anak2 aku terhibur rasa.Lepas rindu dihati....
Si adik ikut je apa yg si abang buat...ni tgh tngok kartun kt umah atok...





Sarapan roti telur...zikry klu bab mkn mmg puashati mesti habis.....atok aku tngok gelagat anak2 aku





Zarif klu makan lbh main je.....ada sorang bdk kecik ppuan....zaif kasi roti telur dia kt bdk ppuan tu....





Atok aku layan zikry... gambar ni zikry la yg snap...atok aku ngadu kt aku heheheh



Aku belikan aiskrim utk zikry....syaratnya mesti habiskan jgn sampai adik nampak...adik tk bleh mkn aiskrim sbb demam...lg pun zarif mmg belom pandai mkn aiskrim.

Gambar kat umah pengatin tk terfikir utk amik...lg pun aku mmg tk berape nak minat amik gmbar hehehe...,yg ada ni pun boleh dikatakan terambil la huhuhuhu


 


 


30 May 2012

Rindu....

Assalammualaikum wbrkt....
Aku rindu dgn karenh dan telatah anak2 ku......ketika dia membuat aku ketawa...senyum...dan juga marah.Ketika ibu memarahi anak2nya hehehe :) semua itu membuat hati aku dicuit utk memberi tindak balas.Ibu berpantang di kampung bersama anak2....tinggallah aku seorang.Aku ada minta cuti tanpa gaji utk jaga wife aku tetapi sykt tk luluskan....dapat cuti sbln pun ok la.Semasa aku minta cuti,manager tu senyum dan ketawa...dia ingat aku bergurau.Aku cakap dgn dia,aku serius....dan dia pun terpaksa bagi jawapan serius iaitu tidak boleh....pasrah la.Zikry nak ikut aku balik hari tu....dia nak dok dgn aku katanya.Tadi aku call ibu dan pastu aku ckp plak dgn zikry....dia tanya aku kt mana....nape tak ajak dia....dia nak dok dgn aku...mcm2 la..pastu merajuk dan tk nak ckp dgn aku....wah bdk2 skrg ni ek...kecik2 dh pandai merajuk.Aku ckp dgn dia....skrg cuti sekolah,nnt dh mula sek.aayah bawa zikry dok dgn ayah.Sian dgn ibu nak kena jaga anak2....anak2 sdg membesar ni plak bkn main perangai masing2....kena bykkan bersabar je lah huhuhu...Zikry tu walaupun selalu kena rotan dgn aku tapi dia tetap rapat dgn aku.....pandai bodek aku hehehe...tapi salah tetap salah dan hukuman tetap hukuman....Zarif plak makin membesar ni terserlah kenakalannya....pandai berlakon plak tu.....belom kena rotan dh nangis.Mcmn ibu nak handle mereka....dgn ibu mereka tak takut....mereka selalu kena rotan dgn aku pun sbb mereka tk dgr apa yg ibu ckp.Aku jadi marah bila anak2 aku tk dgr ckp ibu.....bila aku dh marah kenalah mereka.Walauapapun aku rindu kt mereka...ketika suka atau marah aku tetap rindu mereka.....kerana mereka adalah anak2 ku....................




Kena ikat baru boleh tido dlm kete....ni masa nk g melawat ibu dan zahirul haq kt hospital tangkak...Zahirul haq kena tahan wad sbb kuning.



Abg zikry pun tido sbb dia demam masa ni....dgn aku dia minta ubat klu dia demam...klu dgn ibu...ibu kena panggil dia utk kasi ubat.Dah besau abg yer.....









Gunung Ledang dr hospital tangkak.....

25 May 2012

kongsi :)


Bila ada yang sayang... Jangan lukai hatinya... Bila ada yang cinta...
Jangan kamu titiskan air matanya.. Bila ada yang menanti..
Pastikan kamu kembali... Bila ada yang setia.. Lakukan yang sama..
Bila dia pergi...Pergilah kejari selagi merasa dia bererti...
Kerana bila dia tiada di sisi...Kamu akan sunyi dan sepi..... ♥-
 -------------------------------------------------------------------------------
 
❝Tak semua AIRMATA bererti DUKA ~ kadang2 tangisan adalah KEBAHAGIAAN yg tak mampu di ungkapkan LISAN❞

❝Tak semua KETAWA bererti SUKA ~ kadang2 ketawa menjadi PENUTUP hati yg TERLUKA❞

 -------------------------------------------------------------------------------

✿◕ ‿ ◕✿ Andai Diri Kecewa ✿◕ ‿ ◕✿

:: kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat ? ::
(-_-) - Mestilah MENANGIS dan TERKILAN

... :: sebab......?? ::
(-_-) - Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu

:: dan lepas tu kita BUAT APA ? ::
(-_-) - Tak nak PERCAYA pada dia lagi !

:: macam tu ke ? ::
(-_-) - Mestilah

:: TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ??? ::
(-_-) - Sebab ?

♥ Dari kerana sebab KECEWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya , INDAHKAN ?

♥ JADI jangan sedih sangat , INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita

InsyaAllah ◕‿♥
 --------------------------------------------------------------------------------

SeANGKUH dan SeHEBAT Apapun Kita,
Diatas Hamparan Sejadah jugalah Dahi Kita Bersujud,

SeCANTIK dan SeINDAH Apapun Rupa kita,
Kain Putih Jugalah Yg Pada Akhirnya akan Membalut Tubuh Kita,
...
SeKaya dan SeBanyak Apapun Harta Kita,
Tidak Akan Dapat Dibawa Jika pergi Menghadap ILAHI,

SeGAGAH dan SeKUAT Manapun Kita Berjalan/Berlari,
Pada Akhirnya Akan Tetap Diusung Juga,

SeRAMAI dan SeBANYAK Apapun Teman-teman Kita,
Namun Kita Akan Pergi Seorang Diri Juga 1 Hari nanti.

Peringatan

Assalammualaikum wbrkt......

Untuk Orang Islam !
: JANGAN MALAS ! BACE NI !
Kiamat menurut Agama Islam

  1. - Kemunculan Imam Mahdi
  2. ... - Kemunculan Dajjal
  3. - Turunnya Nabi Isa (AS)
  4. - Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
  5. - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
  6. - Pintu pengampunan akan ditutup
  7. - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
  8. - Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami        tanda2 kiamat lainnya  
  9. - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
  10. - Pemusnahan Kabah,
  11. - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
  12. - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
  13. - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Renung2 kan lah.....

Assalammualaikum wbrkt.....

Renungan dan peringatan kepada kita semua......
1. Jgn bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
2. Jgn bangga dgn rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR
3. Jgn bangga dgn baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN
4. Jgn bangga dgn kereta&motor besar,kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA
5. Jgn bangga dgn Minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS.
Sumber: ciplak org punya :)